Di sini saya tegaskan pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki dalam mencari
pasangan hidup : "Jangan engkau kahwini wanita yang ada padanya enam jenis sifat , jangan yang ananah, yang
mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah
dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi
atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami
sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah
tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah
tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,
yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan
wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang
sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu.
Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan
kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini
memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan
dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang
menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu
juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk
dan komen saja.
so renung2kan yg mana pilihan hati anda!!!
No comments:
Post a Comment