Followers

Saturday 7 April 2012

~ TemAN SeJaTi ~


Kecanggihan hari ni ada kala nya membawa kepada kebaikan tapi masa yang sama, ia jua membawa kepada kemudratan.
Adakah anda berasa bertuah/beruntung apabila seseorang teman menghantar sesuatu mesej yang baik dari segi agama mahu pun dari segi kehidupan.
Sesuatu yang mkin dapat membentuk sahsiah peribadi anda menjadi muslim yang sempurna.
Atau pun sekadar membaca sambil lalu tanpa mengambil sebarang aktibar dari apa yang telah diperingatkan atau yang telah disampai kan.
Sungguh rugi jika anda tergolong dari golongan ini.
Pernah kah anda terfikir, apabila seseorang teman menghantar sesuatu yang baik tetapi anda membalasnya dengan sesuatu benda yang mempersendakan.
Tidakkah anda merasa malu, seseorang teman mengingatkan anda pada sesuatu yang kebaikan, sedangkan anda membalasnya dengan sesuatu yang berunsur lucah atau menghantar gambar-gambar yang mengaibkan.
Mkin anda beranggap ia sekadar keseronokkan. Tetapi anda harus ingat, kebaikan seharusnya dibalas dengan kebaikan, bukannya sesuatu yang mempersendakan.
Mkin keseronokkan yang anda rasa, anda mahu ia berkongsi bersama. Tapi adakah anda yakin, yang teman anda sependapat dengan gaya hidup anda.

- Teman yang baik adalah teman yang saling nasihat menasihati kejalan kebaikkan.
- Teman yang baik adalah pendengar yang setia bagi permasalahan teman nya.
- Teman yang baik adalah teman yang membawa kebaikan dalam agama dan kehidupan
- Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersedih dan gembira bersama
- Teman yang baik akan selalu memdoakan sesuatu yang baik untuk temannya
- Teman yan baik tidak akan menyakiti hati temannnya
- Teman yang baik sentiasa bermanis muka terhadap temannya
- Teman yang baik tidak akan memceritakan keburukkan temannya

Mkin anda boleh mencari seramai mana kawan.
Tetapi mukin anda lupa, anda akan rasa payah untuk mencari seorang teman yang mampu bersedih bersama-sama, di saat anda memerlukan.
 
Hargailah teman yang mampu memberi anda kebaikkan.
Sayangilah ia selagi mana ia menyayangi anda
Kasihilah ia selagi mana ia mengasihi anda
Dengarlah nasihatnya, selagi mana tidak melanggar batasan agama
Dampingilah ia, mkin ia dalam kesusahan.
 
Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH
 
Ukhwah yang dibina antara teman, Biarlah seperti seutas tasbih,
 Ada awal,  Tiada penghujungnya,
Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.
 
 
YA ALLAH...  jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......Amin...


No comments: