Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak
tafsiran, maka ulama' berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang
diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran
al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka
dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.Mari kita telusuri tentang
dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan DadaFirman Allah SWT :

Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak TanganHendaklah pakaiannya
itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain
kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang
diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah
SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa 'yang
biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan
sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau
bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita
yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman,
hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah
al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai
pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan
mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah),
sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua
pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat
terhadap pakaian 'takwa' seorang muslimah. Terpulang kepada mereka
menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti
syarat-syarat syariah.

Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik tetapi
baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di
hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia
perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan
darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW
menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir.
Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata
kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada
bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk
tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah,
seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak
pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian
tubuhnya.
Petikan dari penulis: Fatimah Sharha Nordin
Petikan dari penulis: Fatimah Sharha Nordin
No comments:
Post a Comment