Daripada sebuah hadis Nabi saw yang membawa
maksud : dua nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam menerima keduanya iaitu
nikmat sihat dan waktu lapang”.
Wahai sahabat-sahabat sekalian, jagalah
baik-baik dan berhati-hatilah dgn waktu yang kita miliki kerana ia sangat
terbatas, tidak boleh dipercepatkan dan tidak boleh dilambatkan walaupun sesaat,
detik demi detik, minit demi minit, jam demik jam, hari demi hari dan tahun
makan tahun. Semuanya telah ditentukan dengan kadar kitarannya dan tempoh
kita hidup di dunia yang fana ini adalah tempoh yang sangat singkat berbanding
kehidupan kita diakhirat kelak walaupun kita lihat ada sesetengah kebanyakan
antara kita yang berumur mencecah 80an, 90 an dan ada segelintar yang diberi
rezeki panjang umur sehingga mencecah 100 tahun.
Setiap hembusan nafas dan tarikan nafas
kita, setiap denyutan nadi dan jantung kita, semuanya adalah pemberian Allah
yang amat bernilai dan sudah semestinya di gunakan untuk mengabdikan diri kita
yang lemah lagi dhaif ini kepada pencipta kita yang Kholiq. Gunakanlah masa
yang Allah bagi itu dengan sebaik-baiknya kerana di pengakhiran hayat kita
Allah akan soal balik kepada kita "kemana masa kita di habiskan?? cara
bagaimana?? Adakah ke arah kebaikan atau kejahatan??" Kalaulah kita melakukan
sesuatu untuk kebaikan..alhamdulillah tapi sekiranya kita melakukan ke arah keburukan..nauzubillah..diharapkan
diri kita ini jauh dari terpesong ke arah kemaksiatan.

Pernahkah kita sedar bahawa orang yang
telah meninggal dunia dikatakan pernah meminta kepada Allah agar dipulangkan
kembali ke dunia untuk melakukan amal soleh dan mereka menyesal atas perbuatan mereka
di dunia dahulu dengan penuh penyesalan. Sedarlah wahai insane bahawa ketika
itu penyesalanmu langsung tidak memberi sebarang manfaat dan faedah buatmu dan
Allah langsung tidak memberi ruang dan peluang kepadamu lagi..
Tahukah kita??? Sedarkah kita??? Akan hakikat
kepentingan masa ini..renung-renungkan!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment