Followers

Showing posts with label AL-MAKLUMAT (INFOMASI). Show all posts
Showing posts with label AL-MAKLUMAT (INFOMASI). Show all posts

Sunday, 31 August 2014

~ SaJaK KeMerDeKaaN ~


         HAI MELAYU!!



Rumahmu semua dibina Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai cina,

Golongan profesional semuanya india,

Warung makan pun, mamak dan siam berkuasa,

Warga bangla pun menjadi jaga,

Orang nepal yang menabur baja,

Orang Pakistan mengusung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,

Harapkan hiburan, lagi best filem barat,

Harapkan Bahasa, banyak telah bertukar kesat,

Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!



Hai melayu! 

Masih mendabik dada menjadi tuan?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan,

Ditipu mentah orang atasan,

Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,

Banyak rungut, sikit rancang,

Siapa tegur, dituduh lancang,

Duduk warung, gigit kacang!



Hai melayu!

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau pantas menyambar,

Tapi Cuma indah khabar dari rupa,

Rentakmu makin lama makin hambar,

Kau melayu aku pun melayu,

Aku menulis bukan cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Kenapa melayu tak macam dulu.......



Hai melayu!

Jarimu hebat bertutur difacebook alam maya,

Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,

Kau Cuma tahu bergaya,



Hai melayu!

Kau melaung-laung dijalan raya,

Bagitahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!



Hai melayu!

Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

Bila dah jadi kaya kau jadi puaka,

Ini tandanya kau sudah derhaka!

Pada anak bangsa



Hai melayu!

Sedarlah bangsaku,

Bukalah mindamu,

Bersatulah bangsaku,

Kerana malaya bukan lagi milikmu!

Aku pun melayu

Engkau pun melayu,

Bodoh sombong harus ditepis,

Riak, bongkak dan hasad dengki

Sesama bangsa harus diguris,

Bersatulah melayu kerana agama,

Bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Kerana ini mungkin peluang akhir

Bangsaku untuk Negara, berjasa dan berkuasa


Merdeka!!





Saturday, 5 October 2013

~ KeBuRuKan TiDuR LeWaT & BanGuN LamBaT ~

Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tapi untuk tidur awal memang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari. Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.

Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan. Nak mudah dan cepat makan Maggi. Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

2. Tidak buang air kecil di pagi hari.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak mengambil sarapan.

5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan            perasa tiruan.

7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar muzik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. 

Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama. “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.

Cara Mengatasi Masalah Tidur

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1. Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2. Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3. Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

4. Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5. Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6. Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.


Monday, 15 April 2013

~ KaHWiN UsiA MuDA ~


Ramai dikalangan anak muda kita yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan. Mereka mengambil inisiatif untuk berkahwin tidak kira sama ada nikah khitbah/gantung atau nikah secara fitrah kebiasaan. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat. 

Hakikatnya, mereka yang menjalani nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental mahupun fizikal. Mereka perlu bersedia dari segi luaran dan dalaman agar hubungan rumah tangga dapat berlangsung seperti biasa. Ramai yang mengatakan seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan. Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi bagi usia yang masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.

Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepaskan kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya akan terjaga b
aik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain pula, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?

Tidak dinafikan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’. Justeru itu, j
alan yang paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakanlah ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah, sebaiknya lakukan solat istikharah mohon petunjuk dari Allah sama ada pilihan yang telah dibuat betul atau salah. At least apa-apa keputusan yang bakal diambil telah di minta petunjuk dari Ilahi. Sekiranya keputusan adalah negative, maka pertimbangkanlah untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?

Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran,  berpasangan dan masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja bukannya lesen untuk berdua-duaan di mana sahaja. 
Paling tidak pun memberitahu masyarakat bahawa gadis itu telah ‘ditanda’ oleh seseorang. Lagipun, ada hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fi tnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Bagaimana Jika Tidak Direstui?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa di kedua belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak. 
Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Hal Ini kerana, redha ibu bapa itu penting untuk anak-anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk selamanya. Tapi ada sesetengah ibu bapa yang kita boleh rasionalkan untuk menunjukkan kebaikan berkahwin awal. Bukan apa, kadang-kadang ada ibu bapa yang memegang satu prinsip bahawa kahwin muda adalah satu risiko yang besar sedangkan ada  Nabi pernah mengatakan bahawa terlalu banyak kebaikan dengan berkahwin awal di tambah lagi bahwa " kemuliaan wanita tersebut terletak dengan awal perkahwinannya serta mudah urusan perkahwinannya". Bukan semata-mata untuk meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Selain itu, pasangan tersebut mestilah menyatakan bahawa kalian mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bukan hanya sekadar janji kosong tapi biarlah berlaku secara realiti. Ambillah pengajaran/ibrah dari pengalaman orang yang kahwin muda. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.

Bagaimana Pula Dengan Pandangan Masyarakat?

Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin. 
Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.



Mampukah Bahagia ?

Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan. Betulkan???

Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?

Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan. Ingat tu !!!

so.....fikir-fikirkan !!!

Friday, 8 February 2013

~ TaHuKaH AnDa !!! ~


Tiada sesiapa pun memahami sakitnya senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa pun  memahami sakitnya mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa pun memahami sakitnya bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.


Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita mengandung,melahirkan dan berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanjai?


"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tingginya darjat wanita.


Namun,
Mengapa ada sesetengah suami yang dengan senang-lenangnya melayan isteri di dalam pantang seperti hamba?

DAN
Mengapa kini anak-anak semakin tidak menghormati si ibunya?


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa... 


Kalian menganggap dia kuat...???


Dapatkah kalian bayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan melahirkan seorang bayi  di dewan bersalin untuk suaminya yang dicintai.??


Tahukah kalian bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi melahirkan seorang anak untuk melihat dan mengecapi hidup di dunia ini.??



Dan kepada wanita.
Rahim anda hanya sebesar buah pear... mengeluarkan darah haid saban bulan, mampu melahirkan seorang manusia.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim seorang wanita sekarang? Atau akan datang?

Dan untuk suami dan anak-anak yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tidak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kasihan, Jika anda masih layak bergelar suami dan anak.

Kerana itu..
Ada sebab mengapa Syurga itu di bawah tapak si pemilik rahim dan, ada sebab Terindah juga Mengapa Allah begitu Memuliakan Wanita..
#Hargailah Wanita di sisi kalian....


Friday, 1 February 2013

~ KeNaLi ToKoH ~


Nama sebenar      : Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.

Dilahirkan            : Pada tahun 1926M di sebuah perkampungan 

                                    terpencil berhampiran Madinah al-Mahallah.

Gelaran                  : Gelaran sebenar al-Qaradawi tetapi ahli Syam 
                                    membaca  dengan al-Qardawi yang dinisbahkan   
                                    dengan  perkampungan al-Qardah.

Sejarah hidup      : Meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi
       sekitar(2tahun). Dipelihara oleh ibunya, bapa        
       saudara dan datuknya. Ibunya meninggal dunia   
       ketika beliau berada di peringkat thanawi.  
       Beliau terkenal dengan kecerdikan dan  
       ketajaman ilmunya. Dari kecil lagi, beliau 
       sentiasa mendapat tempat pertama kecuali 
       peperiksaan akhir di peringkat thanawi  
       (tempat kedua) di seluruh Mesir dengan 
       perbezaan setengah markah sahaja.


Jawatan di sandang :

·        Imam dan khatib masjid
·        Professor di Universiti Qatar
·        Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam Universiti Qatar
·        Anggota Majma’ al- Fiqhi bagi Rabitah ‘Alami al-Islami
·        Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia
·        Anggota Majlis Tertinggi Universiti Islam Madinah
·        Anggota Muktamar ‘Alami al-Iqtisodi dan lain-lain
·        Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
·        Naib Pengerusi Organisasi Zakat Antarabangsa
·        Ahli Pusat Pengajian Islam, Oxford
·        Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah Islam, Qatar
·        Penyelia Hal Ehwal Islam Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar
·        Pengarah Kolej Islam Qatar

Halal & Haram dalam Islam 
                                                                     karangan Dr Yusuf al-Qaradawi

Sifat Peribadinya :

·         Tawadhuk yang tinggi
·        Berani menegakkan kebenaran
·        Berlapang dada dan sanggup untuk kembali kepada kebenaran tanpa segan silu dan takut
·        Menentang kezaliman dan menegakkan keadilan walau dimana sekalipun
·        Menekuni dalam mentelaah ilmu turath dan semasa
·        Mengemukakan banyak pendapat untuk maslahat ummah dengan muqaranah mazahib serta penggunaan kaedah Usul Fiqh dan Fiqh
·        Terpengaruh dengan aliran tajdid yang banyak disuburkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad Rasyid Redha, Syeikh Mahmud Syaltut dan lain-lain
·        Seorang pemidato yang berwibawa, berkarisma dan boleh menarik minat pendengar dengan hujah yang mantap

Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita untuk memartabatkan ummah sejagat dengan menghayati contoh-contoh sifat peribadi para ulama’. Renung-renungkan…