Followers

Friday 5 September 2014

~ 60 Tip MenJaDi IsTeRi CaNTiK & SoLeHaH ~

WANITA adalah kunci kebaikan kepada sesuatu ummat. Wanita bagaikan batu bata yang berperanan membangunkan generasi yang bernama manusia. Apabila kaum wanitanya baik, maka baiklah suatu generasi tersebut dan begitulah sebaliknya. Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekaligus memelihara keseimbangan ciptaan Allah. Maka Rasulullah SAW memartabatkan kaum wanita sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Nabi bersabda :

“Dunia ini penuh dengan perhiasan dan perhiasan  yang paling indah adalah wanita yang solehah” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi akan kedudukan wanita. Dalam al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut :

1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh, andainya dia tidak dididik, diasuh dan dibentuk menurut acuan Islam.


2. Wanita juga adalah ujian kepada seseorang lelaki dalam mencari kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.


3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri menjadi penentu kepada rumah tangga yang bakal dibina dan dibentuk. Agama adalah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi seseorang individu, menghiasi diri dengan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati dengan penuh keimanan dan ketakwaan serta membimbing ke arah kehidupan yang diredhai Ilahi…



Insya Allah….semoga bermanfaat untuk semua….jazakallah… 



Sunday 31 August 2014

~ SaJaK KeMerDeKaaN ~


         HAI MELAYU!!



Rumahmu semua dibina Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai cina,

Golongan profesional semuanya india,

Warung makan pun, mamak dan siam berkuasa,

Warga bangla pun menjadi jaga,

Orang nepal yang menabur baja,

Orang Pakistan mengusung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,

Harapkan hiburan, lagi best filem barat,

Harapkan Bahasa, banyak telah bertukar kesat,

Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!



Hai melayu! 

Masih mendabik dada menjadi tuan?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan,

Ditipu mentah orang atasan,

Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,

Banyak rungut, sikit rancang,

Siapa tegur, dituduh lancang,

Duduk warung, gigit kacang!



Hai melayu!

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau pantas menyambar,

Tapi Cuma indah khabar dari rupa,

Rentakmu makin lama makin hambar,

Kau melayu aku pun melayu,

Aku menulis bukan cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Kenapa melayu tak macam dulu.......



Hai melayu!

Jarimu hebat bertutur difacebook alam maya,

Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,

Kau Cuma tahu bergaya,



Hai melayu!

Kau melaung-laung dijalan raya,

Bagitahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!



Hai melayu!

Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

Bila dah jadi kaya kau jadi puaka,

Ini tandanya kau sudah derhaka!

Pada anak bangsa



Hai melayu!

Sedarlah bangsaku,

Bukalah mindamu,

Bersatulah bangsaku,

Kerana malaya bukan lagi milikmu!

Aku pun melayu

Engkau pun melayu,

Bodoh sombong harus ditepis,

Riak, bongkak dan hasad dengki

Sesama bangsa harus diguris,

Bersatulah melayu kerana agama,

Bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Kerana ini mungkin peluang akhir

Bangsaku untuk Negara, berjasa dan berkuasa


Merdeka!!





Thursday 27 February 2014

~ WaNiTa Dan AiR MaTa~

Kadangkala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yg sudah berlalu...

Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis kerana cintanya telah didusta. Dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....

Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. Tidak didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga....

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi..... Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...


Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis, itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu..air mata tidak berbohong wahai kaum adam. 

Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan, Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan, Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....

Mengapa harus ada air mata???? Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas berfikir, sedikit demi sedikit mulai terungkap bahawa sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN....

Wednesday 16 October 2013

~ CiRi-CiRi WaNiTa CanTik ~


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita yang bermasalah itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya. Kita orang yang berada disekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau kita turut sedemikian rupa.


3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin dengan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.

Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada orang yang pernah melukakannya malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang kepadanya untuk menjadikan dia lebih tabah. Subhanallah.


6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Semoga kita semua akan menjadi wanita paling cantik didunia...
insya Allah biiznillah..

Sunday 6 October 2013

~ SeBeLuM Kau HaLaL UnTukKU ~

Ya Allah
aku berdoa untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting,
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya




Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

insya Allah......


Saturday 5 October 2013

~ KeBuRuKan TiDuR LeWaT & BanGuN LamBaT ~

Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tapi untuk tidur awal memang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari. Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.

Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan. Nak mudah dan cepat makan Maggi. Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

2. Tidak buang air kecil di pagi hari.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak mengambil sarapan.

5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan            perasa tiruan.

7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.

Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar muzik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. 

Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama. “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.

Cara Mengatasi Masalah Tidur

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1. Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2. Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3. Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

4. Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5. Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6. Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.


Sunday 18 August 2013

~ Aku 100% DaRa ~

Aminah : “Aku masih ada dara, tak pernah bercium, pegangan tangan, bercumbuan, atau jalan-jalan berduaan dengan bukan muhrimku, dan dengan mana-mana lelaki…”

Kathy : menjeling….. “Wei, aku tak percayalah…”

Aminah : “Ya, AKU MASIH DARA!” Aku masih dara, suci 100 peratus, tidak kurang sedikit pun, aku tidak pernah “couple” seperti orang lain. Sebab aku melihat lelaki itu dari sudut bagaimana cara dia berpikir dikepalanya, bukan “cara tangan dan cara matanya” melihat aku..

Kathy : “b0d0h la kau ni..”

Aminah : Biar, aku lebih suka dipanggil “b0d0h” sebab "b00doh" itu melindungiku dari melakukan perkara-perkara “bijak” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .

Kathy : “Please lah, sekarang bukan zaman orang simpan dara lah….”

Aminah : Ya, benar, sekarang memang bukan zamannya menyembunyikan perkara “tabu” kalau bercakap soal dara, zaman sekarang memang sudah terbuka, orang boleh bercakap dari sudut mana-mana pun, dengan pelbagai pandangan tentang “dara” ni. Silakan.
Tapi sorry, tidak bagi aku ok..

Kathy : “Oo patut la sampai sekarang kau belum ade BF…”

Aminah : “Couple…? Aku hanya mencari suami yang boleh dijadikan kekasih,bukan kekasih yang belum tentu jadi suami“

Kathy : ” Ee.. Kau tak jeles ke tengok kami ada pasangan masing-masing? Rasa bahagia tau..”

Aminah : “Aku lebih risaukan Allah cemburu terhadapku. Aku rasa lebih bahagia jika Allah mengasihi aku..”

Kathy : “Kolot, Kuno, tak pandai bergaul, Ketinggalan zaman zaman…”

Aminah : “Takpe, aku tak kisah. Yang kata aku kolot, kuno, tak pandai bergaul, ketinggalan zaman. Itu kan hanya dimata manusia. Dimata Allah, tidak…!”

Kathy : “Tak payah jadi Hipokrit la..!!!”

Aminah : “Hipokrit itu adalah orang yang tak konsisten.. Cakap lain tapi belakang buat lain. Tapi bab menjaga keperawanan itu kewajipan!”

Kathy : Ko ni kan...pura-pura suci kan?!”

Aminah : “Bukankah “Kesucian” seorang wanita memang harus dijaga? Kamu perempuan adalah memang anak ayah dan ibumu, tetapi sebenarnya kamu itu juga adalah kiriman kepada suamimu daripada mereka.

Jadi harus dijaga semuanya, jangan ada yang hilang. Dijaga elok – elok sampai nanti suami mu membawamu pergi dari mereka dengan satu ikatan yang suci dan diredhai . Adakah kamu mahu nanti dituduh oleh ayah dan ibumu tidak amanah menjaga kirimannya?”

Kathy : Grrr..Grrr…

Hidup ini pilihan dan setiap pilihan ada akibatnya, ada tanggung jawab baik di mata manusia mahupun di mata Tuhan. Kita boleh lakukan apa saja kerana itu fitrah kita sebagai manusia ingin bebas.

Tetapi sebagai perempuan, alangkah indahnya kalau kita dapat menjaga KEPERAWANAN kita secara utuh, sehingga dipersatukan Allah dalam ikatan suci iaitu perkahwinan.

Tunjang utama kebahagiaan kita bersama pasangan kita adalah kejujuran, bukan dengan “pembohongan”.

 

 Di petik : dari sebuah cerita untuk pengajaran buat muslimah...

Tuesday 13 August 2013

~ KeTiKa KeSuciAn TereNgguT ~

Apa lagi yang akan dibanggakan seorang wanita ketika merelakan
kesuciannya direnggut oleh lelaki yang belum menjadi suaminya
atas nama cinta..

Apa lagi yang akan dihadiahkan seorang wanita ketika kesuciannya direnggut oleh lelaki yang belum menjadi suaminya pada malam pertama pernikahannya?

Apakah dia merasa bangga kerana telah mendapatkan cinta seorang

lelaki yang telah berani menodai dan merampas kesuciannnya?

 

Padahal...

Tidak ada jaminan pun bahawa lelaki itu akan menjadi suaminya nanti.

Lalu apa yang akan terjadi jika sewaktu dia pergi meninggalkanmu dan berpaling kepada yang lain?

Tak ada yang boleh dilakukannya selain menangis dan terus menangis menyesali dirinya. Menyesali apa yang telah dilakukannya.

 

Apakah dengan tangisan dan penyesalan akan mengembalikan

semuanya?

 

Apakah dengan tangisan dan penyesalan akan mengembalikan

kesuciannya?

 

Tangisan dan penyesalan tak akan mengubah apapun.

Tangisan itu akan terus menghantui sepanjang hidupmu.

Penyesalan itu akan terus terngiang-ngiang sepanjang hidupmu.

Sebelum hal itu terjadi menimpa kita.

Belajarlah mawas diri.

Belajarlah menjaga diri.

Belajarlah membentengi diri dengan iman.

Teguhkan dalam hati.

 

Bahawa hanya suamimu kelak yang berhak mendapatkan kesucian dan kehormatanmu.

Dan yang paling penting, hindari pacaran sebelum menikah, 

kerana

pacaran adalah salah satu jalan dimana wanita sering mengorbankan harga dirinya kerana di butakan oleh cinta dan termakan rayuan lelaki yang 

 

                                          Tidak Bertanggung Jawab.

 

Tuesday 30 April 2013

~ MaLaM PeRTaMa ~


“ Malam Pertama” di syurga adalah gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah swt sehingga mereka layak bergelar “ Ahli Jannah”. Sebenarnya di syurga tidak dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu, sehingga tiada malam ataupun siang di sana. Adapun “ Malam Pertama” di  syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya di syurga, sehinggalah lebih indah daripada malam pertama pengantin baru.
          Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh istana manapun di dunia ini. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat kita bayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga seperti firmanNYA :
   
Itulah Dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman Yang Selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan Yang betul lurus (yang Selamat itu).

Bukannya mudah untuk memastikan “Hari Pertama” kita berasa di dalam syurga kerana ia memelukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup atas dunia. Perjalanan ke syurga dipenuhi dengan onak dan duri, manakala jalan ke neraka pula dipenuhi dengan keinginan syahwat yang tiada berpenghujung. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang diberikan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka adalah tempat seksaan untuk mereka yang beramal keji dan buruk.

        Anas ra. pernah berkata, “Mahukah kamu diberitahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan di dengar oleh manusia (yang masih hidup)???. Hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaanNYA ataupun kemurkaanNyA (hari kematian), dan kedua iaitu hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam KUBUR dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya HARI KIAMAT.

Sesungguhnya insan yang beriman adalah mereka yang sangat takut jika kembali kepada Allah dalam keadaan penuh dosa. Mereka inginkan hari-hari pertamanya di kubur (alam barzakh) bagaikan “MALAM-MALAM PERTAMA” yang indah di syurga.


Moga ianya menjadi milik kita semua. Insya Allah…amiin