Memang diakui. Sejak kebelakangan ini semakin rancak majlis pertunangan
diadakan. Jika dahulu kita dapat dengar orang memperkatakan tentang wang
hantaran semakin tinggi disebabkan harga minyak petrol naik, sekarang
ramai pula yang memperkatakan tentang kenduri sempena bertunang. Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada masyarakat?
Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang Rasulullah
Sholallahu A'laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN PERTUNANGAN,
HEBOHKAN PERNIKAHAN. Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum
dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu?
PERIHAL MAJLIS PERTUNANGAN
"Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak tiru sedangkan
tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena sediakan
hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nak
grand la katakan. Majlis bertunang sudah dibuat kad jemputan. Majlis bertunang pun
sudah ada pelamin. Majlis bertunang sudah dijemputnya pasukan kompang.
Majlis bertunang juga sudah ada baju bertunang. Semuanya persis sebuah
majlis perkahwinan yang membazir. Apabila semua ini telah menjadi satu 'keperluan' kepada masyarakat, semakin tinggilah kos sebuah perkahwinan.
Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup berhutang
untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok
sudah putus! Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama pasangan dan
keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai, tidak
mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa
masalah selepas berkahwin. Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi pihak
perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan
bertunang itu bukanlah satu ikatan sah.
WANG HANTARAN MAHAL?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya
sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000
atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu?
Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan
akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).
Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di
Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam
tempoh yang sangat minima? Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula bekerja.
Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu
dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk
mengumpul wang untuk berkahwin.
CINTA PUNYA PASAL
"Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu" (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk mengharungi
semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja. Kalau
tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato'
yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti! Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak mahu
membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya
akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati
keluarganya untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada
pihak lelaki. Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh pihak perempuan?
WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?
Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki
menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab
tak ada ongkosnya!
Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat
dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi
tidak mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan
memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan
kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi
keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat
dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun
sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain
yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau
itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat
memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau
tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW
memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu
Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut
sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".
Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib
diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah
meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu
membebankan. Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja! Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran adalah adat
dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan
dengan sesuatu yang tidak perlu. Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam
perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang 'meletup', tetapi
pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat (bertanggungjawab dalam
perkahwinan).
Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang soal perkahwinan :
"Daripada
Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang
paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
No comments:
Post a Comment