Sedarkah anda bahawa ilmu memainkan
peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya ilmu di dada,
semua kerja yang hendak kita lakukan akan menjadi. Percaya atau tidak dengan
kata saya ini !!! ok cuba kita tengok dari aspek masakan, seandainya seorang
suri rumah atapun chef tida mempunyai ilmu dalam bidang masakan, sudah tentu
apa yang hendak direkaciptakan tidak akan berhasil. Kemungkinan rekacipta yang
dihasilkan tidak cukup rasa, teksturnya kurang dan warna yang tidak menarik hati.
Antara contoh lain yang boleh saya
berikan ialah dalam bidang perguruan. Seandainya seorang guru itu tidak
mempunyai ilmu untuk mendidik anak pelajar dengan jayanya, bagaimana mungkin pelajar
tersebut akan berjaya. Oleh sebab itu, ilmu penting dari semua aspek tidak kira
dari segi ilmu agama, ilmu dunia, ilmu alam pekerjaan dan sebagainya.
Seharusnya para guru hendaklah memperlengkapkan diri dengan pelbagai cabang
ilmu pengetahuan agar dapat mendidik anak-anak remaja yang kian meningkat
dewasa dan makin mencabar.
Selain itu, dalam konteks ukhrawi
pula, pelbagai cabang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai. Misalnya ilmu
tauhid, ilmu akidah, ilmu feqah, ilmu tajwid dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini amat
bermanfaat bagi kehidupan seharian yang berlandaskan syariat Islam. ilmu tajwid
dipelajari bagi membolehkan kita menguasai bacaan Al-Quran dengan betul,
manakala ilmu tauhid pula membincangkan tentang keesaan Allah taala..iaitu
bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah?? Ilmu feqah pula membincangkan
tentang hukum hakam dan syariat Islam yang perlu dijalani oleh kita sebagai
umat Islam yang sejati. Oleh sebab itu, peranan ilmu sangat penting kepada diri
kita.
Hadis Nabi menyebut yang bermaksud :
menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan
didoakan keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan. Cuba kita
bayangkan !!! apabila kita menuntut ilmu, semua makhluk disekeliling kita
mendoakan kesejahteraan kita hatta ikan-ikan yang berada dilautan pun mendoakan
kita. Betapa besarnya ganjaran orang yang menuntut ilmu . Cuba kita
renung-renungkan sejenak !!! mahukah kita menjadi orang yang berilmu?? Yang
mana Allah telah menyebutkan dengan jelas dalam kalamnya yang mulia yang
bermaksud : “Allah telah meninggikan dan mengangkat darjat orang yang beriman
di antara kamu, dan orang yang di beri ilmu pengetahuan agama dikalangan kamu
beberapa darjat” (al-mujadalah : 11).
Sedarkah kita bahawa Allah sendiri
telah menyebut dalam kalamNYa yang mulia itu darjat orang yang menuntut ilmu.
Bukan hanya sekadar sebutan sahaja tetapi ini adalah realiti. Sedarkah kita
bahawa perbezaan orang yang berilmu dengan tidak berilmu sangat ketara. Allah telah menyebut di dalam Al-Quran yang
bermaksud : “Adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu??” Allah telah menyoal kita, sama ke tidak orang berilmu dengan tidak
berilmu. Sudah semestinya tidak dan perbezaannya amat jauh sekali. Pepatah Arab
ada mengatakan, “ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, “
tuntutlah ilmu ke negeri China”. Pelbagai pepatah Arab yang telah dilontarkan
oleh hukama pada masa dahulu untuk meningkatkan semangat kita dalam menuntut
ilmu.
Sememangnya,
ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk
agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu yang
kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Seterusnya, hidup kita
akan cemerlang jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan…
“
SETIAP ORANG YANG BERAMAL TANPA ILMU, MAKA AMALNYA DITOLAK DAN TIDAK DITERIMA”
-
KELEBIHAN
ILMU PENGETAHUAN -
1. Ilmu
adalah warisan para nabi sedangkan harta adalah warisan Firaun & Qarun
|
2. Ilmu
lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta di jaga oleh manusia.
|
3. Orang
yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula
musuhnya.
|
4. Ilmu
apabila diberikan akan bertambah, harta apabila diberikan makin berkurang.
|
5. Ilmu
tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri, akan hilang dan lenyap tanpa
boleh dikesan.
|
6. Harta
boleh habis sebelum pemiliknya meninggal sedangkan ilmu habis dengan kematian
pemiliknya.
|
7. Ilmu
tidak dapat dihitung sedangkan harta dapat dihitung dan diketahui jumlahnya.
|
“
MEMBACA ADALAH KUNCI SEGALA ILMU PENGETAHUAN”
So, carila kunci tersebut.
No comments:
Post a Comment