Bercinta tidak semestinya bersama iaitu tidak semestinya kita akan
bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi,
mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti
tiba-tiba dia pergi jauh dari kita? Boleh atau tidak kita menerima
hakikat itu? Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan
takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat.
Jangan menyalahkan orang itu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang
lain, bermakna kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih
tahu apa yang terbaik untuk kita.
Jangan sesekali memaksa orang untuk menyayangi kita, untuk cintakan
kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita
dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama
kita. Sebab, sekiranya kita memaksa orang lain untuk menyayangi kita,
hakikatnya ianya tidak ikhlas. Anda hendak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan kepura-puraan?
Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela
hati. Mungkin itu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia.
Kalau kita sayang orang itu, mesti kita hendak tengok dia bahagia kan? Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada
boleh menerimanya kembali atau tidak.
Bersyukurlah jika dia kembali
semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita. Tetapi anda juga perlu
selidik terlebih dahulu atas sebab apa dia ingin kembali kepada kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang
kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang
sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain
itu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain itu pun akan
mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.
No comments:
Post a Comment