Makna
tafarrugh adalah mengosongkan diri dari segala sesuatu selain Allah sehingga
Allah berkenan hadir dalam hatinya. Tafarrugh juga bermakna meluangkan masa dan
hati dalam mengambil peluang untuk sentiasa beribadah dan bukan sahaja fokus beribadah
di dalam masjid ataupun berada diatas sejadah siang malam semata-mata, bahkan
dengan mengosongkan hati dari sesuatu selain Allah dapat membawa cahaya
keagungan Ilahi ke dalam jiwa nurani, hati, akal dan fizikal dalam beribadah
penuh khusyuk kepada Allah seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Raja
Diraja Sejati yang sangat berkuasa. Inilah yang dikatakan keadaan ihsan
sebagaimana sabda Rasulullah saw :
“
Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNYA, jika kamu tidak
melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihat kamu”.
Oleh
sebab itu, kita janganlah sampai jasad kita berada di dalam masjid beribadah,
berzikir, kononnya bertafakur sedangkan akal fikiran kita melayang jauh entah
ke mana dari mengingati dan merasakan kehadiran Allah. Al-Quran telah
menerangkan dengan jelas bahawa orang yang lalai dari mengingati Allah dalam
solatnya di anggap sebagai orang yang celaka. Firmannya :
×@÷ƒuqsù šú,Íj#|ÁßJù=Ïj9 ÇÍÈ tûïÏ%©!$# öNèd
`tã öNÍkÍEŸx|¹
tbqèd$y™
ÇÎÈ
(kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang
mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang .(laitu)
mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
No comments:
Post a Comment