Followers

Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

~ CiRi-CiRi WaNiTa CanTik ~


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.


2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita yang bermasalah itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya. Kita orang yang berada disekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau kita turut sedemikian rupa.


3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin dengan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.


4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.

Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada orang yang pernah melukakannya malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang kepadanya untuk menjadikan dia lebih tabah. Subhanallah.


6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Semoga kita semua akan menjadi wanita paling cantik didunia...
insya Allah biiznillah..

Saturday, 12 January 2013

~ 11 SiFaT Ibu BaPa MiTHaLi ~


- Membersihkan hati dan perasaan

- Membina kebahagiaan secara proaktif

- Mendidik diri sendiri

- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasihsayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)

- Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

- Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

- Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

- Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

- Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

- Muhasabah diri sebelum tidur malam

- Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH



# Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah #

Sunday, 2 September 2012

~ انتهزوا الفرصة ~


ايها الحفل الكريم!

إن من أهم أسباب تفوق الطالب في دراسته إلتزامه تقنيات التعلم الفعال، ومن بين هذه التقنيات :

۱.  إخلاص النية

۲.  تحديد الأحداف والآمال

۳.  تخطيط البرامج الدراسية والتزامها

۶.  تنظيم الأوقات تنظيما دقيقا

۵.  الإنتباه الكلي أثناء التعلم

۴.  إستشارة المعلمين لحل المشكلات الدراسية

۷.  كتابة المذكرات حتى لا تزول المعلومات المهمة

۸.  المناقشة مع الأصدقاء

۹.  عدم تأجيل الواجبات إلى الغد

۱۰.  عدم الإهمال في أداء التدريبات

 

قال الإمام الشافعي :

أخي، لن تنال العلم إلا بستة          *    سأنبيك عن تفصيلها ببيان

ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة         *    وصحبة أستاذ وطول زمان

Saturday, 25 August 2012

~ AnDai PeMboHonGaN BoLeH di KeSaN ~


Hayatilah cerita di bawah...
Jeng..jemg..jeng..hehhe
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua
nya tercengang...

Robot Pengesan Bohong :)

Moral of Story~
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berkata benarlah walaupun pahit". Ingatlah, walaupun kita melakukan kesalahan, sentiasalah bercakap benar. Sabda Rasulullah SAW:

  “Senantiasalah kalian jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada syurga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”

                                     (HR al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, 9 June 2012

~ HaNya InsAn TerPiLiH ~

Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?

Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.





Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.

Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..

Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.





Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

 Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih

 

 

Friday, 11 May 2012

~ KePenTinGaN BeRiLMu ~


            Sedarkah anda bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya ilmu di dada, semua kerja yang hendak kita lakukan akan menjadi. Percaya atau tidak dengan kata saya ini !!! ok cuba kita tengok dari aspek masakan, seandainya seorang suri rumah atapun chef tida mempunyai ilmu dalam bidang masakan, sudah tentu apa yang hendak direkaciptakan tidak akan berhasil. Kemungkinan rekacipta yang dihasilkan tidak cukup rasa, teksturnya kurang dan warna yang tidak menarik hati. 

            Antara contoh lain yang boleh saya berikan ialah dalam bidang perguruan. Seandainya seorang guru itu tidak mempunyai ilmu untuk mendidik anak pelajar dengan jayanya, bagaimana mungkin pelajar tersebut akan berjaya. Oleh sebab itu, ilmu penting dari semua aspek tidak kira dari segi ilmu agama, ilmu dunia, ilmu alam pekerjaan dan sebagainya. Seharusnya para guru hendaklah memperlengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu pengetahuan agar dapat mendidik anak-anak remaja yang kian meningkat dewasa dan makin mencabar.

            Selain itu, dalam konteks ukhrawi pula, pelbagai cabang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai. Misalnya ilmu tauhid, ilmu akidah, ilmu feqah, ilmu tajwid dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini amat bermanfaat bagi kehidupan seharian yang berlandaskan syariat Islam. ilmu tajwid dipelajari bagi membolehkan kita menguasai bacaan Al-Quran dengan betul, manakala ilmu tauhid pula membincangkan tentang keesaan Allah taala..iaitu bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah?? Ilmu feqah pula membincangkan tentang hukum hakam dan syariat Islam yang perlu dijalani oleh kita sebagai umat Islam yang sejati. Oleh sebab itu, peranan ilmu sangat penting kepada diri kita.

            Hadis Nabi menyebut yang bermaksud : menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan. Cuba kita bayangkan !!! apabila kita menuntut ilmu, semua makhluk disekeliling kita mendoakan kesejahteraan kita hatta ikan-ikan yang berada dilautan pun mendoakan kita. Betapa besarnya ganjaran orang yang menuntut ilmu . Cuba kita renung-renungkan sejenak !!! mahukah kita menjadi orang yang berilmu?? Yang mana Allah telah menyebutkan dengan jelas dalam kalamnya yang mulia yang bermaksud : “Allah telah meninggikan dan mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang di beri ilmu pengetahuan agama dikalangan kamu beberapa darjat” (al-mujadalah  : 11).

            Sedarkah kita bahawa Allah sendiri telah menyebut dalam kalamNYa yang mulia itu darjat orang yang menuntut ilmu. Bukan hanya sekadar sebutan sahaja tetapi ini adalah realiti. Sedarkah kita bahawa perbezaan orang yang berilmu dengan tidak berilmu sangat ketara.  Allah telah menyebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu??” Allah telah menyoal kita, sama ke tidak orang berilmu dengan tidak berilmu. Sudah semestinya tidak dan perbezaannya amat jauh sekali. Pepatah Arab ada mengatakan, “ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, “ tuntutlah ilmu ke negeri China”. Pelbagai pepatah Arab yang telah dilontarkan oleh hukama pada masa dahulu untuk meningkatkan semangat kita dalam menuntut ilmu.

Sememangnya, ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu yang kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Seterusnya, hidup kita akan cemerlang jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan…



“ SETIAP ORANG YANG BERAMAL TANPA ILMU, MAKA AMALNYA DITOLAK DAN TIDAK DITERIMA”




-          KELEBIHAN ILMU PENGETAHUAN -

1.     Ilmu adalah warisan para nabi sedangkan harta adalah warisan Firaun & Qarun


2.     Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia  sedangkan harta di jaga oleh manusia.


3.     Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.


4.     Ilmu apabila diberikan akan bertambah, harta apabila diberikan makin berkurang.


5.     Ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri, akan hilang dan lenyap tanpa boleh dikesan.


6.     Harta boleh habis sebelum pemiliknya meninggal sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.


7.     Ilmu tidak dapat dihitung sedangkan harta dapat dihitung dan diketahui jumlahnya.



“ MEMBACA ADALAH KUNCI SEGALA ILMU PENGETAHUAN”
So, carila kunci tersebut.






Saturday, 14 April 2012

~ 5 CaRa PiliH SaHaBaT ~


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Saturday, 7 April 2012

~ TemAN SeJaTi ~


Kecanggihan hari ni ada kala nya membawa kepada kebaikan tapi masa yang sama, ia jua membawa kepada kemudratan.
Adakah anda berasa bertuah/beruntung apabila seseorang teman menghantar sesuatu mesej yang baik dari segi agama mahu pun dari segi kehidupan.
Sesuatu yang mkin dapat membentuk sahsiah peribadi anda menjadi muslim yang sempurna.
Atau pun sekadar membaca sambil lalu tanpa mengambil sebarang aktibar dari apa yang telah diperingatkan atau yang telah disampai kan.
Sungguh rugi jika anda tergolong dari golongan ini.
Pernah kah anda terfikir, apabila seseorang teman menghantar sesuatu yang baik tetapi anda membalasnya dengan sesuatu benda yang mempersendakan.
Tidakkah anda merasa malu, seseorang teman mengingatkan anda pada sesuatu yang kebaikan, sedangkan anda membalasnya dengan sesuatu yang berunsur lucah atau menghantar gambar-gambar yang mengaibkan.
Mkin anda beranggap ia sekadar keseronokkan. Tetapi anda harus ingat, kebaikan seharusnya dibalas dengan kebaikan, bukannya sesuatu yang mempersendakan.
Mkin keseronokkan yang anda rasa, anda mahu ia berkongsi bersama. Tapi adakah anda yakin, yang teman anda sependapat dengan gaya hidup anda.

- Teman yang baik adalah teman yang saling nasihat menasihati kejalan kebaikkan.
- Teman yang baik adalah pendengar yang setia bagi permasalahan teman nya.
- Teman yang baik adalah teman yang membawa kebaikan dalam agama dan kehidupan
- Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersedih dan gembira bersama
- Teman yang baik akan selalu memdoakan sesuatu yang baik untuk temannya
- Teman yan baik tidak akan menyakiti hati temannnya
- Teman yang baik sentiasa bermanis muka terhadap temannya
- Teman yang baik tidak akan memceritakan keburukkan temannya

Mkin anda boleh mencari seramai mana kawan.
Tetapi mukin anda lupa, anda akan rasa payah untuk mencari seorang teman yang mampu bersedih bersama-sama, di saat anda memerlukan.
 
Hargailah teman yang mampu memberi anda kebaikkan.
Sayangilah ia selagi mana ia menyayangi anda
Kasihilah ia selagi mana ia mengasihi anda
Dengarlah nasihatnya, selagi mana tidak melanggar batasan agama
Dampingilah ia, mkin ia dalam kesusahan.
 
Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH
 
Ukhwah yang dibina antara teman, Biarlah seperti seutas tasbih,
 Ada awal,  Tiada penghujungnya,
Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.
 
 
YA ALLAH...  jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......Amin...