Followers

Monday 9 April 2012

~ 10 TIPS KETIKA BERTENGKAR ~

Tiada siapa yang suka bertengkar tetapi kadangkala situasi ini sukar dielakkan. Apabila terjadi pertengkaran pada diri awk, bagaimanakah awak menanganinya??? Untuk mengelakkan pertengkaran menjadi lebih rumit, sebaiknya awk ikuti 10 tips berikut :

1.   Awk adalah org yg telah dewasa, ketika bertengkar cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.

2. Awk dengar terlebih dahulu apa yg hendak dikatakannya. Sekiranya ada org lain disitu menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap org tersebut nanti awk melibatkannya pula dalam pergaduhan tersebut.

3Awk bercakap dengan nada suara yg rendah. Jika awk meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara awk je. Dia atau org lain yg ada di situ pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata2 awk yg berada dlm kemarahan tu.

    4.   Awk tumpukan topik atau isu yg berbangkit. Apabila awk bercakap di luar topic yg tidak berkaitan, awk sebenarnya menambahkan masalah.Awk mesti fokuskan pada topik yg berkaitan je dan jangan sesekali mengungkit-ungkit.

    5.  Awk mesti fikir dulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa”.

   6.  Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, awk pergi ke mana-mana sehari dua ke tempat lain dan tenangkan hati awk disana.

   7.  Awk mesti faham setiap maksud kata-katanya. Apabila awk memahami maksudnya, awk akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

  8. Awk bertengkar bukan untuk menangkan? Tapi sebaliknya untuk menyelesaikan masalah. Pertengkaran juga bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.

   9.  Awk alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas!!! Jenaka yang berpada-pada saje ye. 

   10. Awk diam, dengar dan biarkan dia begitu je. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan awk menjadi pendengar yang setia. Pertengkaran pasti tidak akan terjadi.

BERINGATLAH WAHAI SAHABAT SEKALIAN………


No comments: