Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali,
selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada
suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab
isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak,
memasak,mengemas, mencuci baju dan juga apa yang kita suruh, si isteri akan
lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang perlu dilakukan ?
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
- Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga
kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan
suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W.
akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa
gemarkan bau – bauan yang wangi
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
- Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna
nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat
hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
- Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kecuali bila dia
datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab
sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya
sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri
seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan
fokuskan tentang itu
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
- Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam
sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W.
gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini
merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
- Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda.
Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat
bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum
pergi sembahyang,dan juga semasa baginda
sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
- Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri
anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang –
kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak
itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa
yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
- Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang
dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia
dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
- Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang
diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila
insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah
meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan
menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
- Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan
isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
- Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik
dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan
akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan
hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan
akhirat.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Amiiin insya Allah.....
No comments:
Post a Comment