Lidah kelu di saat kematian.
Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis
yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika
azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita
disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak
dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan
kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan
kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
No comments:
Post a Comment