Islam adalah agama syariat yang menjadi panduan hidup kepada seluruh umat Islam. Syariat ini
menunjukkan bagaimana kita menjalani tatih hayat di atas dunia, apa yang perlu
dilakukan, apa yang wajib ditinggalkan, apa yang mendatangkan mudarat dan apa
yang menimbulkan nikmat. Syariat menentukan cara hidup kita yang berkaitan
antara dunia dan akhirat.
Dalam
kepelbagaian aturan Allah SWT yang dinamakan syariat itu, kita wajar memahami
bahawa salah satu perkara yang sangat penting ialah tatacara perhubungan sesama
manusia. Dalam hal ini, Allah SWT telah mensyariatkan kepada kita apa yang dinamakan
sebagai zakat.
Zakat
adalah syariat yang bersangkutan di antara hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Tujuan zakat adalah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjamin
keseimbangan hidup. Hal ini kerana, orang-orang miskin dan kaya akan sentiasa
berterusan atas muka bumi Allah ini sampailah dunia ini menuju ke penghujungnya
hinggalah hari kiamat.
Golongan
miskin ini hanya akan terhapus apabila semboyan kiamat hampir ditiup oleh
malaikat Israfil. Selagi itu belum terjadi, manusia kaya dan miskin akan terus
wujud dan beriringan. Samalah seperti adanya malam dan siang, laut dan daratan,
lelaki dan perempuan.
Dalam Islam, harta hendaklah diagihkan atau diedarkan secara saksama sesama manusia sebagaimana yang disebutkan dalam ilmu Ekonomi Campuran. Untuk itulah, maka Allah SWT menegah jika harta kekayaan itu hanya berlingkaran dalam kalangan orang-orang kaya sahaja tanpa disalurkan kepada golongan-golongan yang berhak menerima.
Dalam Islam, harta hendaklah diagihkan atau diedarkan secara saksama sesama manusia sebagaimana yang disebutkan dalam ilmu Ekonomi Campuran. Untuk itulah, maka Allah SWT menegah jika harta kekayaan itu hanya berlingkaran dalam kalangan orang-orang kaya sahaja tanpa disalurkan kepada golongan-golongan yang berhak menerima.
Hal ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya manipulasi ke atas golongan yang lemah sama
sepertimana yang pernah berlaku lewat sebelum kedatangan Islam ke Kota Mekah.
Kala itu, orang miskin terjerat dalam sistem pengumpulan harta oleh orang kaya,
sehingga ada yang terpaksa menjadi hamba demi melunaskan hutangnya.
Allah telah
berfirman dalam kalamNya yang mulia :
“ apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia
tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah),
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang
keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di
antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa
oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua
Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang Yang melanggar perintahNya).”
(al-Hasyr, 59: 7)
(al-Hasyr, 59: 7)
Zakat
berfungsi bagi memastikan harta dapat dikongsi secara saksama. Setiap orang
mempunyai hak, sama ada hak untuk memberi dan hak untuk menerima. Tiada sesiapa
boleh menghalang seseorang daripada memberikan hartanya kepada orang lain.
Begitu juga, tiada sesiapa boleh mendabik dada menegah hartanya daripada
diambil demi kebaikan orang lain. Ini semua mampu terlaksana dengan adanya
syariat zakat yang terangkum dalam agama Islam yang syumul ini.
Inilah
secebis keunggulan sistem yang dititipkan Allah azzawajalla kepada kita. Ia
bukan sistem yang menindas apatah lagi memeras ugut sebaliknya satu sistem yang
sangat cantik demi melestarikan keluk keseimbangan kehidupan manusia di atas
muka bumi ini. Ketahuilah bahawa setiap hokum Allah itu ada hikmahnya
tersendiri demi kemaslahatan ummah sejagat. Insya Allah.......
No comments:
Post a Comment