Jika
ditanya pandangan sebilangan masyarakat hari ini mengenai 'perkahwinan awal
(muda)', pelbagai jawapan serta respons akan kita dapati. Dari jawapan-jawapan
yang kita dapati juga kita dapat melihat pemikirannya dikuasai atau telah
terdidik dengan sistem Islam ataupun tidak.
Ada yang berkata: "Zaman dah berubah!"
Kepada mereka ini baiklah dikatakan, kembalilah kepada al-Quran dan
as-Sunnah. Zaman hari ini mengajar kita bersandarkan diri kepada tokoh-tokoh
pemikir moden yang dilihat sebagai hebat dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
Hasilnya, kayu ukur yang telah ditetapkan adalah sejauh mana kejayaan
seseorang dari sudut material (banyak harta, duit). Inilah yang dikatakan
mentaliti yang telah dijajah sekian lama oleh golongan yang mengajak
meninggalkan agama.
Kenapa materialistik semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran?
Kita melihat dan sering mengeluh melihat ramainya pasangan yang
bercerai. Punca utama yang dilihat sebenarnya adalah kerana kurangnya agama.
Apabila ia jarang atau kurang mendengar ilmu agama, maka jiwanya gagal
dibersihkan serta dibentuk. Ini adalah kerana pembentukan insan yang terbaik
adalah melalui didikan agama. Suami atau isteri yang benar-benar memahami
tanggungjawabnya sebagaimana garis panduan yang telah dibekalkan Al-Quran dan
Sunnah, insya Allah akan dapat memandu pasangan tersebut mendapat
kejayaan di dalam hubungan rumah tangganya. Saranan-saranan yang lain yang
dianjurkan di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti mengajak kepada bersabar serta
nasihat menasihati turut membantu di dalam menjayakan hubungan tersebut.
Ini sekaligus menafikan dakwaaan sesetengah orang yang beranggapan bahawa
golongan yang berkahwin muda ini akan menjadi punca penceraian awal! Bahkan orang yang lebih matang
yang telah berkahwin lama akan tetapi jahil tentang agama akan lebih merosakkan
institusi kekeluargaannya. Telah disebut di dalam Al-Quran bahawa Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
"Dan sesungguhnya pada
(diri) Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (takut akan azab) hari Kiamat
dan banyak mengingati Allah..."
(Surah al-Ahzab ayat 21)
(Surah al-Ahzab ayat 21)
Allah SWT telah menyuruh kita agar mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW juga turut menekankan betapa pentingnya menuruti sunnah baginda
sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
"Siapa yang benci
dengan cara hidup (sunnah)-ku maka dia tidak termasuk golonganku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kedua dalil di atas secara tidak langsung berkait rapat dengan isu yang
sedang dibincangkan ini. Ini kerana kahwin juga merupakan satu tuntutan agama
yang sangat besar.
Kepentingan perkahwinan serta kelebihan kahwin awal
Kita mendengar ada yang beralasan: "Kahwin bukan semata-mata
seksual!"
Kepada mereka ini dikatakan, benar memang ia bukan semata-mata seks,
akan tetapi seks menjadi salah satu sebab dan intipati terbesar di dalam suatu
perkahwinan. Bahkan kita juga boleh mengatakan di antara faktor perkahwinan
yang berjaya adalah apabila kedua pasangan suami isteri mempunyai hubungan
seksual yang harmoni
.
Di antara hikmah serta kepentingan kahwin awal yang disebutkan di dalam
hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Hai para pemuda!
Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka
kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari
dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat
menundukkan nafsu berahi."
(Riwayat Sahih Muslim)
(Riwayat Sahih Muslim)
Hadith pertama ini dengan jelas menyebut perkahwinan itu dapat
menundukkan mata dan kemaluan dari dosa. Para ibu bapa yang menghalangi anaknya
yang sudah bersedia untuk berkahwin hanyalah membuatkan anaknya berisiko untuk
melakukan zina dan maksiat.
1). "Dari Umar al
Khattab r.a., sesungguhnya telah berkata: "Kahwinkanlah anak-anak kamu
apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa)
2). "Dari Jabir
r.a. katanya: "Rasulullah SAW pernah terlihat kepada seorang wanita, lalu
baginda segera mendatangi isteri beliau Zainab yang sedang menyamak kulit, guna
melepaskan rindunya. Sesudah itu baginda pergi menemui para sahabatnya, lalu
baginda bersabda: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan
syaitan. Maka bila kamu terlihat kepada wanita, datangilah isterimu, kerana
yang demikian itu dapat mententeramkan gelojak hatimu." (Riwayat Sahih Muslim)
Hadith kedua ini pula membicarakan tentang fitrah manusia iaitu seorang
lelaki yang apabila terlihat seorang wanita memungkinkan teransang nafsunya. Maka
dia disarankan agar terus mendatangi isterinya. Di sini lah keindahan Islam,
kerana Islam itu menyempurnakan fitrah. Bukanlah seperti pendapat sebilangan
orang masa kini yang sentiasa berdalih menafikan naluri seksualnya sedangkan
hatinya berkata sebaliknya. Kerana inilah juga digalakkan untuk berkahwin
kerana jika tidak berkahwin, jalan bagaimanakah lagi untuk mententeramkan hati
lelaki?
3). "Apabila
seorang isteri tidur memisah dari ranjang suaminya, maka si isteri itu dikutuk
malaikat sampai pagi." (Riwayat Imam Muslim)
4). "Demi Allah
yang jiwaku di tanganNya, apabila seorang lelaki memanggil isterinya tidur ke
ranjang, tetapi si isteri enggan, maka penduduk langit marah kepadanya sampai
suaminya memaafkannya" (Hadis Sahih Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bagaimana pentingnya kewajipan
seorang isteri terhadap suaminya. Ini sekali lagi bukti bagaimana Islam itu
mendidik umatnya dengan menyempurnakan fitrahnya sebagai seorang manusia.
Apakah kita masih mahu berdolak dalik lagi mengenai bagaimana pentingnya
hubungan seksual di dalam suatu perkahwinan?
Zina dan masyarakat
Sebilangan masyarakat yang mengutamakan adat dan tradisi dilihat
meletakkan garis tertentu yang perlu dicapai oleh anak-anak mereka sebelum
dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga. Hasilnya kita melihat semakin lama
semakin sukarnya untuk berkahwin serta umur berkahwin pada masa kini semakin
lewat berbanding pada masa lampau. Rata-rata mereka beralasan agar ia tidak menyusahkan anak-anak mereka kelak.
Golongan sebegini melihat kemudaratan pada masa hadapan sebagai satu musibah akan tetapi mereka masih boleh menerima pada masa ini jika anak mereka bercinta, keluar berdating dengan pasangannya, berpegangan tangan atau lebih dahsyat lagi jika anaknya sudah menjejaki ke lembah penzinaan. Kemungkaran sebeginilah sebenarnya satu musibah yang perlu dibendung terlebih dahulu. Soal rezekinya di masa hadapan serahkan kepada Allah SWT. Bahkan kita dianjurkan agar bantu-membantu dan bukanlah bermaksud lepas kahwin, "kau punya pasal. Jangan cari mak bapak dah!" dibudayakan. Konsep ini lah sebenarnya konsep yang salah.
Golongan sebegini melihat kemudaratan pada masa hadapan sebagai satu musibah akan tetapi mereka masih boleh menerima pada masa ini jika anak mereka bercinta, keluar berdating dengan pasangannya, berpegangan tangan atau lebih dahsyat lagi jika anaknya sudah menjejaki ke lembah penzinaan. Kemungkaran sebeginilah sebenarnya satu musibah yang perlu dibendung terlebih dahulu. Soal rezekinya di masa hadapan serahkan kepada Allah SWT. Bahkan kita dianjurkan agar bantu-membantu dan bukanlah bermaksud lepas kahwin, "kau punya pasal. Jangan cari mak bapak dah!" dibudayakan. Konsep ini lah sebenarnya konsep yang salah.
Mungkin juga adanya ibu bapa yang mengatakan, "nak bercinta pun
kami tak bagi!". Ketahuilah menghalangi diri anaknya untuk bercinta
suatu benda yang boleh dikawalnya akan tetapi menghalangi hati anaknya yang
mencintai seseorang bukanlah di dalam kawalannya. Perkara ini apabila ia sudah
melarat boleh mengakibatkan perkara yang lebih dahsyat. Sebaiknya, rasa cinta
anaknya itu diberi panduan sebaiknya agar ia tidak tersesat jalan serta
terpedaya dengan tipu daya dunia dan syaitan.
Satu lagi hadith Nabi SAW yang bermaksud:
"Dari Ali r.a.,
sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: "..3 perkara jangan
engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai,
bujang apabila ditemukan sekufunya"
(Riwayat at-Tirmizi)
(Riwayat at-Tirmizi)
Ramai orang yang telah membincangkan halangan-halangan yang dihadapi
oleh anak remaja yang ingin mendirikan rumah tangga. Rata-ratanya adalah kerana
terlalu menjaga status keluarga yang menganggap jika kahwin awal akan
menyebabkan tercemarnya maruah keluarga kerana anak tersebut mungkin dianggap
telah rosak atau sebagainya. Akan tetapi, ingatlah jangan kerana terlalu
menjaga perkara ini sehinggakan tanpa disedari anak-anak ini sudahpun melakukan
kemaksiatan.
Adanya satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah
yang membuat survey aktiviti seksual di kalangan pelajar sekolah dan lokasinya
adalah di sebuah negeri di Malaysia. Dan usah terkejut kerana kebanyakan yang
mengakui sudah melakukan seks mengatakan mereka telah melakukannya sejak usia
15 tahun. Bahkan ada yang lebih awal lagi iaitu seawal 12-13 tahun. Bukankah
ini suatu keadaan yang sangat menakutkan?
Buat para ibu bapa, saya tidak mahu membuatkan anda berasa curiga dengan
anak anda. Akan tetapi permasalahan ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa.
Komunikasi, keprihatinan serta hubungan yang baik dapat membantu hubungan anak
dan ibu bapanya. Didikan agama seawal yang mungkin haruslah diterapkan kepada
anak-anak dan kahwinkan lah segera apabila telah mencapai usianya agar mereka terhindar
dari fitnah dunia.
No comments:
Post a Comment