SETELAH kita
menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan merayakan Aidilfitri,kita sebagai umat yang
mulia iaitu umat Islam sangat digalakkan untuk berpuasa sunat dalam bulan Syawal selama enam
hari bagi mengimbangi balik kesihatan
badan yang kita perolehi semasa menjalani ibadah puasa ramadhan yang lalu. Puasa
enam hari pada bulan Syawal dapat melatih kembali hati dan diri kita daripada
pelbagai godaan nafsu.
Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal,tidak kira samaada dilakukan berturut-turut atau berasingan asalkan tidak sampai melewati/melebihi bulan berkenaan. Dan untuk pengetahuan umum, pada hari raya pertama,kita memang dilarang untuk berpuasa. Banyak tegahan yang terdapat di dalam hadis bagi menerangkan larangan berpuasa pada 1 syawal.
Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal,tidak kira samaada dilakukan berturut-turut atau berasingan asalkan tidak sampai melewati/melebihi bulan berkenaan. Dan untuk pengetahuan umum, pada hari raya pertama,kita memang dilarang untuk berpuasa. Banyak tegahan yang terdapat di dalam hadis bagi menerangkan larangan berpuasa pada 1 syawal.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu
diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur
hidup.”
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Sementara dalam satu hadis yang lain Nabi SAW yang bermaksud:
“Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan)
dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan
Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika
dicampurkan menjadi) genap setahun.”
(Riwayat ad-Darimi)
(Riwayat ad-Darimi)
Antara peranan puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat ketika berpuasa dalam bulan Ramadhan. Misalnya, kebanyakan masyarakat masa kini hanya berpuasa semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja. Sedangkan, Allah telah menyatakan bahawa amalan puasa ini bukan sahaja untuk menahan dua perkara tadi bahkan Allah juga memberitahu bahawa intipati yang terkandung dalam amalan puasa tersebut adalah dengan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. Antara kata lain ialah makan dengan sengaja,ataupun mengeluarkan mani dengan segaja dan seumpama dengannya. Begitu juga dengan perkara yang lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Oleh sebab itu, puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan tersebut yang terdapat dalam puasa fardhu.
Imam
Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa
iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma
meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada
memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan
kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu
yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang
yang berbicara.
Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa
tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah
tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.”
(Riwayat Al Bukhari).
(Riwayat Al Bukhari).
Kebanyakan masyarakat kita sekarang masih
keliru tentang puasa qadha (ganti) dengan puasa sunat. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa, puasa qadha kene buat dulu baru puasa sunat. Alasannya sebab
puasa qadha tu adalah wajib dan patut di dahulukan daripada puasa sunat.
Pendapat lain pula mengatakan, boleh sekiranya
kita nak puasa sunat dahulu kerana waktu untuk mengqadhakan puasa tempohnya
lama sedangkan puasa sunat syawal hanya boleh dilakukan dalam bulan syawal
sahaja. Then baru qadha puasa.
Apa-apa pun tepuk dada tanya iman dan
bukannya tanya selera..sebab selera memang selalunya terbuka dan iman pula kena
hayati secara fikrah yang mendalam...renung-renungkan & selamat beramal..
No comments:
Post a Comment