Followers

Wednesday 2 May 2012

~ ReLaKs KeJaP ~

~ OK, DAH KENA! ~

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia memberitahu anaknya. Anaknya baru berumur 8 tahun.
Dia berkata, "mak nak undur kereta ni, kalu kene cakap ye!" 
"ok"! kata anaknya..
si ibu pun mengundurkan keretanya...
"lagi mak, undur lagi" 
"lagi..lagi..lagi..."
 si ibu pun undurlah lagi, tiba-tiba berbunyi "DAMMMMM"..
 keretanya terlanggar pokok.
 Anak pun menjerit bagitau, "ok mak! dah kena!"

~ ANAK BAPA ~

Jamil pulang dari skolah dan bercerita kepada bapanya yang tidak pernah bersekolah. 
Jamil : Ayah, tadi sy di marah oleh cikgu!
Ayah : kamu buat cilap apa?
Jamil : Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah : Apa yang cikgu tanya??
Jamil : Cikgu tanya, di mana letakknya Washigton?
Ayah : Itu pun kamu boleh xtau!!! Lain kali kalu kamu dah letakkan sesuatu benda, jangan lupa dimana     tempatnya

~ PELAJAR ATAU SIAPA ~

Suasana pembelajaran di dalam kelas di sebuah pusat pengajian tinggi...
" Hei, kamu yang berdiri di belakang!!!," tegur pensyarah.
"Cuba kamu sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu encik"
"Apa???tidak tahu??? Baiklah, kalu begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu di tandatangani??," tanya pensyarah itu lagi.
"Maaf encik, saya tidak tahu juga encik".
"Tidak boleh jawab lagi?? Maklumat itu kan saya sudah berikan untuk dibaca minggu lepas. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalu tidak tahu???," terkilan pensyarah apabila subjek diajar tidak di ambil peduli oleh muridnya.
"Maaf encik, saya mahu memeriksa kabel lampu ini encik...saya petugas TNB".


No comments: