Followers

Thursday, 30 August 2012

~QuRRaTuL Ain ~

ALLAH telah berfirman dalam kalamNYa yang bermaksud :

 Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan:74)

 Apakah yang kita faham akan maksud qurratul ‘ain? Al-Quran telah diturunkan kepada kita sebagai satu kitab dan panduan yang jelas lagi terang bersuluh dan sempurna untuk menerangkan kepada kita akan hakikat kehidupan seharian kita. Kitab mulia ini diturunkan dalam bahasa Arab, bermula dengan surah Al-Fatihah hingga surah An-Nas, yang mengandungi 30 juzuk, 114 surah dan tiada yang lebih memahami bahasa Al-Quran ini melainkan orang Arab, atau mereka yang mahir dalam bahasa Arab.

 Kalimah qurratu ‘ain (penyejuk mata) digunakan oleh bangsa Arab sebelum dan semasa Al-Quran diturunkan, dengan membawa maksud:

1.     Sesuatu yang memberi perasaan gembira, bahagia dan ketenangan hati


Jika kita lihat perkataan yang berlawanan dengannya, di mana dalam masyarakat Arab dahulu telah menggunakannya, antara perkataan buruk yang boleh diucapkan oleh seseorang kepada orang yang lain adalah “Semoga mata anda menjadi panas.” Apakah yang dimaksudkan dengan ‘panas’ di sini? Dalam kata lain, ia bermaksud “Semoga anda sentiasa dilanda kesedihan, hidup tertekan, dan diselubungi sengsara.”

 

2.     Sesuatu yang melindungi dan memberi kerehatan


Masyarakat Arab dahulu telah mengembara dengan menggunakan unta, dan semasa dalam pengembaraannya, ribut pasir telah melanda. Kemudian, mereka menutup seluruh tubuh dan muka mereka dengan kain ataupun pakaian, kecuali mata mereka. Oleh sebab itu, mata mereka terpaksa bertahan sehingga rebut pasir  berhenti atau mereka sampai ke tempat perlindungan. Apabila mereka berjaya mencari tempat berlindung dan beristirehat, mereka berkata “Mataku kini menjadi sejuk.”

 Tentang ayat Al-Quran di atas, antara ‘ibrah yang boleh kita ambil:

Pertama, ‘ibrah yang tersurat, kita diminta untuk berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan pasangan hidup dan anak yang soleh & solehah yang menjadi penyejuk mata, penyenang hati, dan penenang jiwa. Semoga pasangan hidup dan anak-anak yang Allah anugerahkan kepadanya akan menjadi sumber kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan.

Kedua, ‘ibrah yang tersirat, selain berdoa dikurniakan pasangan yang bahagia di dunia & akhirat, Allah juga menyuruh kita berusaha menjadi isteri atau suami yang menjadi penyejuk mata, penyenang hati, penenang jiwa kepada pasangan. Jangan hanya berharap dan berkata “Dia sepatutnya menjadi penyejuk mata buat aku.” Usahakan dahulu agar diri kita  menjadi penyejuk mata buat dirinya. Barulah berusaha untuk jadikan pasangan kita sebagai penyejuk mata buat diri kita.

Ketiga, buat para suami, berusahalah mendidik isteri dan anak-anak dengan didikan Islam, tarbiyyah Islamiyyah kerana Allah telah memberi peringatan kepada kita bahawa agama itu tunjang kekuatan dan solat pula adalah tiang agama. Maka sediakanlah ruang untuk mereka menerima didikan Islam yang mendidik akal dan jiwa rabbani. Buat para isteri, berusahalah mendidik anak-anak agar menjadi pejuang agama Allah.

 

Solat Sebagai Penyejuk Mata

 Sabda Rasulullah s.a.w. :

وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِى فِى الصَّلاَة
“Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat.”
(Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)

 

Rasulullah s.a.w pada ketika berlaku sesuatu yang menyedihkan atau mendukacitakan, baginda bersabda:

يا بلال! أقِمِ الصَّلاةَ ، وأرِحْنَا بِهَا
“Wahai Bilal! Serulah untuk solat (iqamat) dan rehatkanlah kami dengannya.”   (Riwayat Abu Daud)

Bagaimana dengan kita? Adakah kita menemui ketenangan dan kerehatan dalam solat? Atau resah dan tergesa-gesa ketika solat, hanya tenang dan gembira selepas habis solat? Membayangkan duniawi berbanding ukhrawi? Mencintai makhluk berbanding mencintai Allah Rabbul Jalil. Sama-sama kita muhasabah diri kita, sama-sama berusaha meningkatkan kualiti solat kita.

Kualiti solat memberi gambaran kepada kita tentang hubungan kita sebagai hamba dengan Allah s.w.t. Ya, hubungan dengan Allah. H.D.A = Hubungan Dengan Allah. Hubungan dengan Allah, merangkumi segala bentuk ibadah, khusus dan juga umum.

Hubungan dengan Allah s.w.t. perlu dijaga dan dikukuhkan, barulah mudah untuk kita membina dan memelihara hubungan dengan manusia. Perbaikilah hubungan dan urusan dengan Allah Al-Khaliq, insyaAllah Allah akan permudahkan  untuk kita perbaiki hubungan dengan manusia.

Andai belum kukuh hubungan dengan Allah s.w.t , sukar untuk seseorang itu menjadi penyejuk mata kepada pasangannya, juga sukar untuk seseorang itu memandang dan merasai pasangannya sebagai penyejuk mata, walau sebaik mana pun pasangannya. Sebagai contoh, lihat kepada kisah Fir’aun dan Asiah r.a., juga kisah Nabi Lut a.s. dan isterinya. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah2 para anbiya’ dan  auliya’

Mata yang memandang ke langit yang indah lagi bersih melalui tingkap yang kotor, tidak akan dapat memandang langit sebagai indah. Hati yang kotor, tidak dapat memandang sesuatu yang baik dan bersih sebagai baik. Apabila hati kita bersih, mudah bagi kita untuk memandang yang baik sebagai baik. Maka, muhasabahlah diri kita dahulu, jangan terus ‘memuhasabahkan’ pasangan kita  kerana malas muhasabah diri sendiri.

 

RENUNG-RENUNGKAN SAMBIL BERMUHASABAH DIRI..

Sunday, 26 August 2012

~ PuaSa 6 SyaWaL ~


SETELAH kita menjalani ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan dan  merayakan Aidilfitri,kita sebagai umat yang mulia iaitu umat Islam sangat digalakkan untuk  berpuasa sunat dalam bulan Syawal selama enam hari bagi mengimbangi balik kesihatan badan yang kita perolehi semasa menjalani ibadah puasa ramadhan yang lalu. Puasa enam hari pada bulan Syawal dapat melatih kembali hati dan diri kita daripada pelbagai godaan nafsu.

          Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal,tidak kira samaada dilakukan berturut-turut atau berasingan asalkan tidak sampai melewati/melebihi bulan berkenaan. Dan untuk pengetahuan umum, pada hari raya pertama,kita memang dilarang untuk berpuasa. Banyak tegahan yang terdapat di dalam hadis bagi menerangkan larangan berpuasa pada 1 syawal.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.”
(Riwayat Muslim)

Sementara dalam satu hadis yang lain Nabi SAW yang bermaksud:
“Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”
(Riwayat ad-Darimi)

          Antara peranan puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat ketika berpuasa dalam bulan Ramadhan. Misalnya, kebanyakan masyarakat masa kini hanya berpuasa semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja. Sedangkan, Allah telah menyatakan bahawa amalan puasa ini bukan sahaja untuk menahan dua perkara tadi bahkan Allah juga memberitahu bahawa intipati yang terkandung dalam amalan puasa tersebut adalah dengan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. Antara kata lain ialah makan dengan sengaja,ataupun mengeluarkan mani dengan segaja dan seumpama dengannya. Begitu juga dengan perkara yang lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Oleh sebab itu, puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan tersebut  yang terdapat dalam puasa fardhu.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara.

Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.”
(Riwayat Al Bukhari).

Kebanyakan masyarakat kita sekarang masih keliru tentang puasa qadha (ganti) dengan puasa sunat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa, puasa qadha kene buat dulu baru puasa sunat. Alasannya sebab puasa qadha tu adalah wajib dan patut di dahulukan daripada puasa sunat.

Pendapat lain pula mengatakan, boleh sekiranya kita nak puasa sunat dahulu kerana waktu untuk mengqadhakan puasa tempohnya lama sedangkan puasa sunat syawal hanya boleh dilakukan dalam bulan syawal sahaja. Then baru qadha puasa.

Apa-apa pun tepuk dada tanya iman dan bukannya tanya selera..sebab selera memang selalunya terbuka dan iman pula kena hayati secara fikrah yang mendalam...renung-renungkan & selamat beramal..
 

~ KiSaH BeNaR ~

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

" SEKADAR RENUNGAN & PENGAJARAN"


di petik : (putrict)

Saturday, 25 August 2012

~ AnDai PeMboHonGaN BoLeH di KeSaN ~


Hayatilah cerita di bawah...
Jeng..jemg..jeng..hehhe
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua
nya tercengang...

Robot Pengesan Bohong :)

Moral of Story~
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berkata benarlah walaupun pahit". Ingatlah, walaupun kita melakukan kesalahan, sentiasalah bercakap benar. Sabda Rasulullah SAW:

  “Senantiasalah kalian jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada syurga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”

                                     (HR al-Bukhari dan Muslim)