Imam Ghazali dan Ibnu Qayyim ada menyatakan bahawa manusia adalah
makhluk yang berkongsi watak dengan binatang. Antara sifat binatang yang ada
pada manusia ialah :
- Watak ganas dan suka bergaduh seperti harimau dan singa. Sebab itu dunia ini tidak pernah sunyi daripada keganasan dan pergaduhan kerana wujudnya manusia-manusia begini.
- Watak yang beremosi seperti ayam jantan, lembu jantan dan lain-lain. Manusia jenis ini bertindak, mencari peluang dan mempertahankan orang lain berdasarkan emosinya.
- Watak suka menyalak seperti anjing samaada dalam keadaan terdesak atau aman. Manusia berwatak anjing ini menyalak sesuka hatinya kepada pencuri yang disalaknya dan kepada tuannya pun di salak juga.
- Watak menggoda seperti iblis. Manusia berjiwa iblis menggoda orang lain mengikut kehendaknya. Iblis mengetahui dirinya dilaknat dan direjam oleh Allah, lalu dia menggoda bagi merosakkan manusia dan binasa seperti dirinya.
- Watak yang sukakan kebaikan dan iman seperti malaikat. Manusia seperti ini berusaha menyelamatkan manusia lain walaupun manusia itu sedang berada dijurang api neraka. Segala usaha dibuat supaya manusia itu kembali kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.
Watak yang ada pada kita menjadi tabiat kita. Apabila kita mengasuh
diri kita sebagai orang yang suka bercakap dengan sifat pemberian tuhan, kita
menjadi orang yang pandai bercakap, kita boleh menjadi juruhebah, penceramah,
pakar motivasi dan sebagainya. Apabila kita mengasah bakat penulisan kita, kita
menjadi penulisan yang hebat pula. Demikianlah pembentukan watak dalam diri
kita. Kita menjadi seperti yang kita asuh dan biasakan dalam kehidupan
seharian. Jadi tentukanlah watak apa yang kita mahukan bagi diri masing-masing.
Cuba kita renungkan sejenak lirik lagu "WARISAN" perjuangan orang bangsa kita sendiri agar kita juga menjadi para perwira negara...dengan pembentukan sahsiah diri kita ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat serta kemajuan negara sejagat..teruskan perjuangan kalian semua dalam pelbagai cabang bidang ilmu kerana ilmu Allah amat luas di atas dunia yang kita diami ini. Setitik air yang melekat di tangan kita itu adalah secebis sahaja ilmu kita sedangkan ilmu yang Allah kurniakan pada hambaNya sepenuh air dilautan. Bayangkanlah wahai teman, dimana letak duduknya ilmu kita????

Semalam adalah
kenangan…..esok adalah masa depan……jangan tinggalkan semalam demi esok kerana
semalam adalah petunjuk kepada hari esok…semoga generasi kita di masa hadapan
bangga dengan apa yang kita tinggalkan dan wariskan….