Followers

Wednesday 14 March 2012

DuHAI NiSa'


“ Saya  ingin bercerita  mengenai sebuah kisah yang berkaitan dengan Nur Annisa,  seorang gadis  yang  baru menginjak dewasa tetapi  agak kasar  dan suka  berpelakuan  seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang, tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yg terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga sering kali berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, “Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama jer macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Anissa kat sekolah, yang  pakai tudung pun selalu keluar dating dengan ‘boyfriend’, pegang-pegang tangan. Anissa ni walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

                Pada suatu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yg mempunyai enam orang anak yg masih kecil. Suaminya bernama Abi Khoiri. Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggla berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yg menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yg baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?”, lalu saya menjawab sambil, “Kalau nak tahu sangat pergi rumah mereka, tanya sendiri.” Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri . Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesu. Entah apa yang dah berlaku?

            Namun selang sehari dua kemudian, dia meminta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh, lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi binggung. Binggung bercampur syukur kepada ALLAH S.W.T kerana saya melihat perubahan yang ajaib. Ya, saya kata kan ajaib kerana berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau kawan-kawan wanitanya datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yg tidak tentu arah. Saya lihat dia banyak merenung, banyak   membaca majalah-majalah    Islam (biasanya dia suka membeli  majalah   hiburan)   dan saya  lihat   ibadahnya  pun melebihi   saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca al-Quran, solat sunatnya dan lebih menakjubkan lagi, apabila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji Engkau wahai ALLAH S.W.T ., jerit hati saya.

            Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja disatu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat sehingga ibu menuruh saya pulang ke rumah. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada ALLAH S.W.T.  agar adik saya diberi kesembuhan, hanya itu mampu saya usahakan.  Ketika saya sampai di rumah,   didepan pintu   sudah  ramai orang,  hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.    Saya berlari   masuk ke dalam rumah.    Saya   lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esakkan tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucap kalimah syahadah di akhir hidupnya.” Air mata ini tidak dapat ditahan lagi. Stelah selesai upacara pengebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya   lihat di atas mejanya   terletak sebuah diari.  Diari yg selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian, diari itu saya buka sehelai demi sehelai hingga sampai pada satu halaman yg menguak  misteri dan pertanyaan yg selalu timbul di hati ini. Perubahan yg terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu tentera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
.

Butirannya seperti ini : soal jawap (saya lihat dibutiran itu terdapat banyak kesan air mata)
Annisa  : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti  bidadari. “Makcik, wajah makcik    sangat mudan dan cantik.”
Makcik : “Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikkan itu datang dari lubuk hati.”
Annisa  : “Tapi makcik kan dah ada anak enam, tetapi masih kelihatan cantik?”
Makcik : Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik ALLAH S.W.T. dan apabila ALLAH S.W.T. berkehendak, siapakah yg boleh menolaknya?”
Annisa  : “Makcik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung tetapi saya selalu menolak kerana saya rasa tidak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok banyak wanita yang pakai tudung tetapi kelakuannya melebihi kami yang tidak memakai tudung. Pendapat makcik bagaimana?”
Makcik : “Annisa, sesungguhnya ALLA S.W.T. menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan daripada hujung rambut hingga hujunag kaki, segala sesuatu daripada tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH S.W.T. nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita.”
Annisa  : “Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak elok.”
Makcik : “ Tudung hanyalah kain, tetapi hakikatnya atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami. Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin. Melindungi mata kamu daripada memandang lelaki yg bukan mahram kamu, melindungi lidah kamu daripada mengumpat orang dan bercakap perkara sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada ALLAH S.W.T. , melindungi telinga kamu daripada mendengar perkara yg mengundang mudarat baik untuk dirimu ataupun masyarakat, lindungi hidungmu daripada mencium segala yg berbau busuk, lindngi tangan-tangan kamu daripada berbuat sesuatu tidak elok, lindungi kaki kamu daripada melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu daripada berfikir perkara yg mengundang syaitan untk memperdayakan nafsu kamu, lindungi hati kamu daripada sesuatu selain ALLAH S.W.T. , apabila kamu sudah biasa, maka tudung yg kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.”
Annisa  : “Makcik, sekarang baru saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah-mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?”
Makcik : “Duhai Nisa, apabila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat ALLAH S.W.T yg Maha Memberi Rahmat. Apabila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberikan kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ sehingga mencapai kesempurnaan yg diinginkan oleh ALLAH S.W.T..”

            Duhai Nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiupkan sangkakala yg kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yg tiada batas, tanahnya drp logam yg panas, tiasa rumput mahupon tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu  tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga daripada segala sesuatu yg ada di alam ini.

  Ketika manusia berbaris dengan barisan yg panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirina dan pada saat itu ada yg berpeluh kerana rasa takut yg luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yg banyak dan bermacam-macam rupa bentuk manusia yg tergantung pada amalan-amalannya, ada yg melihat ketika hidupnya  namun buta ketika dibangkitkan, ada yg berbentuk seperti haiwan, ada yg berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu ALLAH S.W.T. murka.
Belum pernah ALLAH S.W.T murka sebelum dan selepas hari itu. Sehingga ribuan tahun manusia dibiarkan oleh ALLAH S.W.T. di padang mahsyar yg panas membara hinggalah sampai ke timbangan mizan. Hari itulah dipanggil hari nisab. Duhai Nisa, apabila kita berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab apabila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung  iaitu ALLAH S.W.T.”

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum...
terima kasih berkongsi kisah yang hebat...
Ana dah follow blog ukhti..
jemput follow blog ana ya..
http://preciousinsyirah.blogspot.com/