Followers

Friday, 30 March 2012

~ CARTA DOSA ~


JASA ANDA DI DUNIA

 ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT


1. Meninggalkan sembahyang


- Ular Saqar sedang menunggu.

2. Melewat-lewatkan sembahyang

- Neraka WAIL sedang menganga



3. Meringan-ringankan syariat


- Mendapat pandangan murka  Al-Jabbar.


4. Mengumpat peribadi orang


- Gunting neraka sedang diasah.

5. Menyebarkan gossip atau fitnah
  


-Duri- duri menanti anda di taman neraka                             


6. Tidak menjaga pergaulan


- Libasan api neraka dijanjikan.

7. Tidak berakhlak dengan manusia


- Kemurkaan Allah bersama mu.

8. Menyakiti hati orang dengan  lisan


- Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah


- Angkatlah seberkas kayu dari  neraka.                          


10.Bersangka buruk



- Amalan baik diambil orang.







Thursday, 29 March 2012

~ LIRIK LAGU ~


   Isteri Solehah


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan




Wednesday, 28 March 2012

~ A Friend Who Cares ~

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises,
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.



Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go farther.


                                                      When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
  Truly a friend, one who cares.

~ MenGhoRmati aZaN ~

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

  
   Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
 
    Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
 
    Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."



Tuesday, 27 March 2012

"peRanaN SuaMi"


Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut. 

 Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.




Sunday, 25 March 2012

lemBaraN HiduP WaniTa SolehAh..



Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH? Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah.  Hartanya diperjuangkan ke jalan fi sabilillah. Penawar hati kekasih Allah. Susah dan senang rela bersama... Dapatkah kudidik jiwa seperti SITI AISYAH? Isteri Rasulullah yang bijak. Pendorong kesusahan dan penderitaan. Tiada sukar untuk dilaksana... Menagalir air mataku. Melihat perjuangan puteri solehah SITI FATIMAH. Akur dalam setiap perintah. Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang. Tiada memiliki harta dunia. Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.... Ketika aku marah, Inginku intip serpihan sabar dari cacatan hidup SITI SARAH... Tabahkah jiwaku? Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merak dan ditinggalkan suami akur tanpa bantah. Pengharapannya hanya pada Allah. Itulah wanita SITI HAJAR.. Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman. Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara MASYITAH...

Saturday, 24 March 2012

~ Demi Matahari ~


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya




















Allah, Subhanallah …
Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah …
Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah









~10 Ciri Suami Mithali ~


Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju dan juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang perlu dilakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
- Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
- Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
- Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu

.



4. Elakkan terlampau banyak komplain.

- Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.



5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
- Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang,dan  juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
- Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.


- Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.
- Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
- Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
- Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah meminta supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.
 Amiiin insya Allah.....

Tuesday, 20 March 2012

"MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMA'UL HUSNA"


Asma’ul Husna adalah nama-nama Allah yang mulia yang terkandung di dalam Quran yang mana pada tiap-tiap nama itu mengandungi fadhilatnya yang tersendiri. Sekiranya diamalkan setiap hari, kita dapat merasai fadhilatnya yang mampu menerangi kehidupan di dunia ini. Antara fadhilatnya ialah kita dimurahkan rezeki, dibersihkan hati, diselamatkan daripada bala bencana, di sembuhkan daripada penyakit, dan pelbagai fadhilat lain yang menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat para pengamalnya.  Secara umumnya, lelaki mahupun wanita yang mengamalkan Asma’ul Husna dalam kehidupan mereka, mampu menjadi insan super yang disegani lagi dihormati. Persoalannya, sejauh mana seseorang wanita itu boleh mencapai tahap muslimah super?


*************************

Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu di letakkan paling atas daripada segala-galanya. Bahkan niat bagi melakukan sesuatu perbuatan perlu kerana Allah. Sekiranya niat awalnya bukan kerana Allah, tetapi lebih di dorong oleh keinginan memperoleh harta, jabatan, kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung anda berpijak diatas asas yang rapuh. Al-Quran mengumpamakan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah, seperti “ labah-labah yang membuat rumah”.


*************************




Wanita super adalah wanita hebat yang menjadikan 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, zahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibaca, tetapi difahami maknanya, dihayati dan kemudiaan di aplikasikan setiap nama itu dalam kehidupannya. Ia menjadi muslimah kebanggan Allah kerana menjalankan fungsinya sebagai hambaNya yang menyebarkan ajarannya kepada umat manusia. Inilah yang dinamakan…… 
“MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMA’UL HUSNA” ..

Terbitan : PTS
Penulis : Sulaiman Al- Kumayi



Friday, 16 March 2012

SAhaM akHIRAt




Islam adalah agama syariat yang menjadi panduan hidup kepada seluruh umat Islam. Syariat ini menunjukkan bagaimana kita menjalani tatih hayat di atas dunia, apa yang perlu dilakukan, apa yang wajib ditinggalkan, apa yang mendatangkan mudarat dan apa yang menimbulkan nikmat. Syariat menentukan cara hidup kita yang berkaitan antara dunia dan akhirat.

Dalam kepelbagaian aturan Allah SWT yang dinamakan syariat itu, kita wajar memahami bahawa salah satu perkara yang sangat penting ialah tatacara perhubungan sesama manusia. Dalam hal ini, Allah SWT telah   mensyariatkan kepada kita apa yang dinamakan sebagai zakat.

Zakat adalah syariat yang bersangkutan di antara hubungan sesama manusia (hablumminannas). Tujuan zakat adalah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjamin keseimbangan hidup. Hal ini kerana, orang-orang miskin dan kaya akan sentiasa berterusan atas muka bumi Allah ini sampailah dunia ini menuju ke penghujungnya hinggalah hari kiamat.

Golongan miskin ini hanya akan terhapus apabila semboyan kiamat hampir ditiup oleh malaikat Israfil. Selagi itu belum terjadi, manusia kaya dan miskin akan terus wujud dan beriringan. Samalah seperti adanya malam dan siang, laut dan daratan, lelaki dan perempuan.
Dalam Islam, harta hendaklah diagihkan atau diedarkan secara saksama sesama manusia sebagaimana yang disebutkan dalam ilmu Ekonomi Campuran. Untuk itulah, maka Allah SWT menegah jika harta kekayaan itu hanya berlingkaran dalam kalangan orang-orang kaya sahaja tanpa disalurkan kepada golongan-golongan yang berhak menerima.
  
Hal ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya manipulasi ke atas golongan yang lemah sama sepertimana yang pernah berlaku lewat sebelum kedatangan Islam ke Kota Mekah. Kala itu, orang miskin terjerat dalam sistem pengumpulan harta oleh orang kaya, sehingga ada yang terpaksa menjadi hamba demi melunaskan hutangnya.

Allah telah berfirman dalam kalamNya yang mulia :

“ apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).”  
 (al-Hasyr, 59: 7)

Zakat berfungsi bagi memastikan harta dapat dikongsi secara saksama. Setiap orang mempunyai hak, sama ada hak untuk memberi dan hak untuk menerima. Tiada sesiapa boleh menghalang seseorang daripada memberikan hartanya kepada orang lain. Begitu juga, tiada sesiapa boleh mendabik dada menegah hartanya daripada diambil demi kebaikan orang lain. Ini semua mampu terlaksana dengan adanya syariat zakat yang terangkum dalam agama Islam yang syumul ini.

Inilah secebis keunggulan sistem yang dititipkan Allah azzawajalla kepada kita. Ia bukan sistem yang menindas apatah lagi memeras ugut sebaliknya satu sistem yang sangat cantik demi melestarikan keluk keseimbangan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ketahuilah bahawa setiap hokum Allah itu ada hikmahnya tersendiri demi kemaslahatan ummah sejagat. Insya Allah.......