Followers

Saturday, 25 August 2012

~ AnDai PeMboHonGaN BoLeH di KeSaN ~


Hayatilah cerita di bawah...
Jeng..jemg..jeng..hehhe
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua
nya tercengang...

Robot Pengesan Bohong :)

Moral of Story~
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berkata benarlah walaupun pahit". Ingatlah, walaupun kita melakukan kesalahan, sentiasalah bercakap benar. Sabda Rasulullah SAW:

  “Senantiasalah kalian jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada syurga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”

                                     (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 22 August 2012

~SaLaM AiDiLFiTRi BuaT SeMuA~

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam aidilfitri kepada semua kawan2, sahabat, teman dan taulan walaupun hari ini telah memasuki hari raya yang ke-4. Maafkan segala salah dan silap saya kerana setiap insan yang bergelar manusia sudah pastinya akan dan pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya. Justeru itu, saya selaku insan dan hamba Allah yang sangat lemah, memohon maaf dengan kalian semua atas segala kelemahan yang terbit dari diri saya sendiri. Salam lebaran untukmu semua. Diharapkan ukhwah kita masih terjalin dan berkekalan hingga ke syurga Allah..
insya Allah amiin..


Wednesday, 8 August 2012

~MeRaiH RaMadHan & QiaMuLLaiL~

Sembilan belas hari dari bulan Ramadhan sudah pun berlalu. Sudahkah kita memaksimumkan amalan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi orang yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.

Dalam sebuah riwayat, Allah Ta'ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud:-

"Rabb kita tabaroka wa ta'ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: 'Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni'."
(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)


Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini."
(Riwayat Muslim, no. 854)

Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr, Rasulullah (saw) bersabda:

"Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)

Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta'ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang kita rasakan.

Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu."
(Riwayat Bukhari)

Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allah la'allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi sarana yang paling istimewa untuk diri kita supaya termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat rugi jika kita melewatkannya. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta'ala.

Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadhan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari doa yang mereka amalkan 'Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhan.' Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.

Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?

Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan. Disebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan iman. Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemualiaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam.

Wahai sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, mari kita sama2 memperbanyakkan amalan2 di waktu sepertiga malam. Mudah-mudahan Allah memberkati segala amalan yang dilakukan dan mendapat ganjaran yang tinggi disisi Nya. INSYAALLAH...




SEBAB YANG MEMUDAHKAN BANGUN QIAMULLAIL
  • Sebab zahir
    • Tidak terlalu banyak makan dan minum, kerana banyak makan dan minum menggalakkan tidur dan memberatkan qiam
    • Tidak memberatkan badan di siang hari dengan kerja yang memenatkan badan dan menyebabkan stress, ia akan menggalakkan tidur
    • Jangan abaikan melakukan qailulah di siang hari kerana ia merupakan sunnah yang dapat membantu melakukan qiamullail
    • Tidak melakukan dosa di siang hari, ia akan mengeraskan jiwa dan menghalang berlaku sebab-sebam yang membawa kerihatan
  • Sebab-sebab batin
    • Selamatkan hati daripada hasad dengki terhadap mukmin, melakukan perkara bid`ah, angan-angan duniawi, ia tidak akan memudahkan bangun malam
    • Hidupkan perasaan takut dalam, jangan panjang angan-angan, berfikir tentang kegawatan akhirat, bayangkan azab neraka, semuanya akan menghilangkan keinginan tidur
    • Mempelajari keistimewaan qiamullail dengan mendengar ayat-ayat Quran, hadis dan athar sahabat
    • Cintakan Allah dan kuatkan iman bahawa dalam qiamnya dia tidak bercakap satu huruf kecuali bermunajat kepada Tuhannya dan Tuhannya pula melihatnya dan mengetahui apa yang tersirat didalam jiwa hambanya.

 Ø±Ù…ضان كريم



Friday, 3 August 2012

~ ELakkAn FiTnAh DenGaN MusOHaRaH ~


Jika ditanya pandangan sebilangan masyarakat hari ini mengenai 'perkahwinan awal (muda)', pelbagai jawapan serta respons akan kita dapati. Dari jawapan-jawapan yang kita dapati juga kita dapat melihat pemikirannya dikuasai atau telah terdidik dengan sistem Islam ataupun tidak.

Ada yang berkata: "Zaman dah berubah!"

Kepada mereka ini baiklah dikatakan, kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah. Zaman hari ini mengajar kita bersandarkan diri kepada tokoh-tokoh pemikir moden yang dilihat sebagai hebat dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Hasilnya, kayu ukur yang telah ditetapkan adalah sejauh mana kejayaan seseorang dari sudut material (banyak harta, duit). Inilah yang dikatakan mentaliti yang telah dijajah sekian lama oleh golongan yang mengajak meninggalkan agama.

Kenapa materialistik semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran?
Kita melihat dan sering mengeluh melihat ramainya pasangan yang bercerai. Punca utama yang dilihat sebenarnya adalah kerana kurangnya agama. Apabila ia jarang atau kurang mendengar ilmu agama, maka jiwanya gagal dibersihkan serta dibentuk. Ini adalah kerana pembentukan insan yang terbaik adalah melalui didikan agama. Suami atau isteri yang benar-benar memahami tanggungjawabnya sebagaimana garis panduan yang telah dibekalkan Al-Quran dan Sunnah, insya Allah akan dapat memandu pasangan tersebut mendapat kejayaan di dalam hubungan rumah tangganya. Saranan-saranan yang lain yang dianjurkan di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti mengajak kepada bersabar serta nasihat menasihati turut membantu di dalam menjayakan hubungan tersebut.

Ini sekaligus menafikan dakwaaan sesetengah orang yang beranggapan bahawa golongan yang berkahwin muda ini akan menjadi punca penceraian awal! Bahkan orang yang lebih matang yang telah berkahwin lama akan tetapi jahil tentang agama akan lebih merosakkan institusi kekeluargaannya. Telah disebut di dalam Al-Quran bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (takut akan azab) hari Kiamat dan banyak mengingati Allah..."
(Surah al-Ahzab ayat 21)

Allah SWT telah menyuruh kita agar mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga turut menekankan betapa pentingnya menuruti sunnah baginda sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah)-ku maka dia tidak termasuk golonganku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua dalil di atas secara tidak langsung berkait rapat dengan isu yang sedang dibincangkan ini. Ini kerana kahwin juga merupakan satu tuntutan agama yang sangat besar.


Kepentingan perkahwinan serta kelebihan kahwin awal
Kita mendengar ada yang beralasan: "Kahwin bukan semata-mata seksual!"
Kepada mereka ini dikatakan, benar memang ia bukan semata-mata seks, akan tetapi seks menjadi salah satu sebab dan intipati terbesar di dalam suatu perkahwinan. Bahkan kita juga boleh mengatakan di antara faktor perkahwinan yang berjaya adalah apabila kedua pasangan suami isteri mempunyai hubungan seksual yang harmoni
.
Di antara hikmah serta kepentingan kahwin awal yang disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."
(Riwayat Sahih Muslim)

Hadith pertama ini dengan jelas menyebut perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan dari dosa. Para ibu bapa yang menghalangi anaknya yang sudah bersedia untuk berkahwin hanyalah membuatkan anaknya berisiko untuk melakukan zina dan maksiat.

1). "Dari Umar al Khattab r.a., sesungguhnya telah berkata: "Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka."     (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa)

2). "Dari Jabir r.a. katanya: "Rasulullah SAW pernah terlihat kepada seorang wanita, lalu baginda segera mendatangi isteri beliau Zainab yang sedang menyamak kulit, guna melepaskan rindunya. Sesudah itu baginda pergi menemui para sahabatnya, lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka bila kamu terlihat kepada wanita, datangilah isterimu, kerana yang demikian itu dapat mententeramkan gelojak hatimu."    (Riwayat Sahih Muslim)

Hadith kedua ini pula membicarakan tentang fitrah manusia iaitu seorang lelaki yang apabila terlihat seorang wanita memungkinkan teransang nafsunya. Maka dia disarankan agar terus mendatangi isterinya. Di sini lah keindahan Islam, kerana Islam itu menyempurnakan fitrah. Bukanlah seperti pendapat sebilangan orang masa kini yang sentiasa berdalih menafikan naluri seksualnya sedangkan hatinya berkata sebaliknya. Kerana inilah juga digalakkan untuk berkahwin kerana jika tidak berkahwin, jalan bagaimanakah lagi untuk mententeramkan hati lelaki?

3). "Apabila seorang isteri tidur memisah dari ranjang suaminya, maka si isteri itu dikutuk malaikat sampai pagi."   (Riwayat Imam Muslim)

4). "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, apabila seorang lelaki memanggil isterinya tidur ke ranjang, tetapi si isteri enggan, maka penduduk langit marah kepadanya sampai suaminya memaafkannya"   (Hadis Sahih Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bagaimana pentingnya kewajipan seorang isteri terhadap suaminya. Ini sekali lagi bukti bagaimana Islam itu mendidik umatnya dengan menyempurnakan fitrahnya sebagai seorang manusia. Apakah kita masih mahu berdolak dalik lagi mengenai bagaimana pentingnya hubungan seksual di dalam suatu perkahwinan?

Zina dan masyarakat
Sebilangan masyarakat yang mengutamakan adat dan tradisi dilihat meletakkan garis tertentu yang perlu dicapai oleh anak-anak mereka sebelum dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga. Hasilnya kita melihat semakin lama semakin sukarnya untuk berkahwin serta umur berkahwin pada masa kini semakin lewat berbanding pada masa lampau. Rata-rata mereka  beralasan agar ia tidak menyusahkan anak-anak mereka kelak. 

Golongan sebegini melihat kemudaratan pada masa hadapan sebagai satu musibah akan tetapi mereka masih boleh menerima pada masa ini jika anak mereka bercinta, keluar berdating dengan pasangannya, berpegangan tangan atau lebih dahsyat lagi jika anaknya sudah menjejaki ke lembah penzinaan. Kemungkaran sebeginilah sebenarnya satu musibah yang perlu dibendung terlebih dahulu. Soal rezekinya di masa hadapan serahkan kepada Allah SWT. Bahkan kita dianjurkan agar bantu-membantu dan bukanlah bermaksud lepas kahwin, "kau punya pasal. Jangan cari mak bapak dah!" dibudayakan. Konsep ini lah sebenarnya konsep yang salah.

Mungkin juga adanya ibu bapa yang mengatakan, "nak bercinta pun kami tak bagi!". Ketahuilah menghalangi diri anaknya untuk bercinta suatu benda yang boleh dikawalnya akan tetapi menghalangi hati anaknya yang mencintai seseorang bukanlah di dalam kawalannya. Perkara ini apabila ia sudah melarat boleh mengakibatkan perkara yang lebih dahsyat. Sebaiknya, rasa cinta anaknya itu diberi panduan sebaiknya agar ia tidak tersesat jalan serta terpedaya dengan tipu daya dunia dan syaitan.
Satu lagi hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: "..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya"
(Riwayat at-Tirmizi)

Ramai orang yang telah membincangkan halangan-halangan yang dihadapi oleh anak remaja yang ingin mendirikan rumah tangga. Rata-ratanya adalah kerana terlalu menjaga status keluarga yang menganggap jika kahwin awal akan menyebabkan tercemarnya maruah keluarga kerana anak tersebut mungkin dianggap telah rosak atau sebagainya. Akan tetapi, ingatlah jangan kerana terlalu menjaga perkara ini sehinggakan tanpa disedari anak-anak ini sudahpun melakukan kemaksiatan.

Adanya satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah yang membuat survey aktiviti seksual di kalangan pelajar sekolah dan lokasinya adalah di sebuah negeri di Malaysia. Dan usah terkejut kerana kebanyakan yang mengakui sudah melakukan seks mengatakan mereka telah melakukannya sejak usia 15 tahun. Bahkan ada yang lebih awal lagi iaitu seawal 12-13 tahun. Bukankah ini suatu keadaan yang sangat menakutkan?

Buat para ibu bapa, saya tidak mahu membuatkan anda berasa curiga dengan anak anda. Akan tetapi permasalahan ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa. Komunikasi, keprihatinan serta hubungan yang baik dapat membantu hubungan anak dan ibu bapanya. Didikan agama seawal yang mungkin haruslah diterapkan kepada anak-anak dan kahwinkan lah segera apabila telah mencapai usianya agar mereka terhindar dari fitnah dunia.

~ TaRbiYAh RaMadHan ~


Seringkali kita mendengar bahawa bulan Ramadan  merupakan bulan tarbiyah/didikan. Ia menjadi satu wasilah  untuk kita memperbaiki diri kita menjadi seorang  muslim yang  sejati, satu bulan yang Allah berikan pada hambaNya amat membantu kita untuk melakukan refleksi diri, ataupun melakukan sebarang perubahan posotif dalam  menilai diri kita dan melihat sejauh  mana kedudukan iman dan takwa kita kepada Allah SWT.

Dalam surah al-Baqarah jugalah Allah SWT berfirman tentang kewajipan melaksanakan ibadah puasa:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah, ayat 183)

Oleh sebab itu, segala aktiviti seharian kita harus di ubah dan ditambah baik agar erti kesempurnaan bulan Ramadan itu benar-benar kita rasai. Antara perkara yang perlu kita perbaiki adalah jadual untuk melaksanakan amalan wajib. Jikalau selama ini kita sering solat pada akhir waktu, cuba kita ubah diri kita untuk menjadi orang pertama yang berada di atas tikar sembahyang dan seterusnya melatih diri kita agar sentiasa istiqamah dalam melakukan perubahan tersebut. Perubahan yang dilakukan bukan sahaja untuk bulan ramadhan, tetapi biarlah ianya berterusan sampai bila-bila sehinggakan kita menjadi seorang yang mentaqarrubkan diri kepada penciptaNya daripada sebelum ini. Jadikan solat itu sebagai tiang agama. Dan kalau kita fikir-fikirkan, bagaimana kita nak membina rumah tanpa tiang??adakah terhasilnya sebuah rumah??begitulah ibaratnya hubungan  kita dengan solat. 

Selain daripada itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran. Kitab Al-Quran merupakan kalamullah yang di dalamnya penuh dengan nasihat, iktibar dan suruhan Allah yang harus kita laksanakan. Ayat suci Al-Quran bukan sahaja dibaca dalam bulan ramadhan sahaja bahkan kita juga mesti membacanya dalam bulan-bulan lain juga. Kalau kita lihat masyarakat kita masa kini, hanya dalam bulan ramadhan sahaja, mereka akan berebut-rebut untuk melakukan amalan kebaikan sedangkan Allah menyuruh hambaNya sentiasa mumarasah/latihan untuk berbuat baik sepanjang masa. Itulah keadaan masyarakat kita. Kalau kita lihat, dalam bulan mulia ini juga, masjid dan surau dipenuhi jemaahnya sedangkan waktu lain ke mana insan2 ini pergi??? Cuba fikirkan sejenak!!!

Jika dahulu begitu sukar bagi kita untuk membuka helaian Al-Quran (apatah lagi untuk membacanya), maka, bulan Ramadan inilah bulan yang sepatutnya kita gunakan setiap masa dengan sebaiknya untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman karib dan sahabat kita walau di mana kita berada. Firman Allah SWT:

"Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya."
(Surah al-Kahf, ayat 27)

Bacaan Al-Quran yang dihayati dengan sebaiknya, mampu melembutkan hati kita untuk kembali kepada fitrah Ilahi. Kisah pengislaman Saidina Umar RA boleh dijadikan contoh terbaik. Saidina Umar RA yang begitu keras hatinya dan selalu mencari jalan untuk menentang Rasulullah SAW akhirnya memeluk Islam setelah membaca surah Taha:

"Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy."
(Surah Taha, ayat 1-5)

Seterusnya, kita juga seharusnya mengamalkan amalan bersedekah. Sedekah merupakan suatu pemberian kepada orang lain. Sedekah itu sesuatu yang subjektif/orang boleh nampak. Ramai insan masa kini yang menyalahtafsirkan erti sedekah yang sebenarnya. Sedekah bukan sahaja dari segi kewangan, memberi wang kepada orang lain, harta benda dan sebagainya. Dalam sebuah hadis ada menyebut, senyuman itu juga dikira sebagai sedekah. Membuang sesuatu yang menghalang di jalanan juga sedekah. Mengajarkan sesuatu yang bermanfaatkan kepada orang lain juga dikira sebagai sedekah. Firman Allah SWT:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya..."
(Surah al-Baqarah, ayat 261)


Justeru, jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai satu bulan yang penuh dengan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Jadikanlah ia titik permulaan untuk kita mentarbiyahkan diri kita. Semoga kita dapat beristiqamah dalam meneruskan amalan kita sehingga pada bulan-bulan seterusnya, insya-Allah. Barokallah.....

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK PADA SEMUA….


Wednesday, 13 June 2012

~ UjiAn DuNia JamBaTan Ke AkHiRaT ~

Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!

Detik berlalu meninggalkan kita. Saat  yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita.  Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati.  Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT.  Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, ayat 139)

link:

Sunday, 10 June 2012

~ TazKiRah DuNia AkHir ZaMaN ~

Dalam hidup manusia yang penting adalah berkat,
bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat,
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat,
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat,
Apabila masyarakat jadi muafakat, Negara kita akan jadi kuat,
Apabila Negara jadi kuat, Negara luar jadi hormat,
Apabila Negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat,
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat,
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan jadi pesat,




Tetapi Awas!
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
Kita lihat bangunan bertingkat-tingkat,
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
Ketika itu manusia mula mengubah tabiat,
Apabila manusia telah ubah tabiat, ada yang jadi ulat jadi lalat,
Apabila manusia dah jadi ulat, solat makin hari makin liat,
Apabila solat jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat,
Apabila orang baik bertukar jadi jahat, orang miskin pula nak kaya cepat,
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat,
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan sajalah minyak gamat,
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat, semua nak tunjuk kuat,
Bila berjudi, percaya unsur khurafat, tapi hidup pula yang melarat,
Tali kasut dah tak terikat, rambut pun jarang disikat,
Yang perempuan pakai mini sekerat, suka pakai baju ketat-ketat suka sangat menunjukkan pusat hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pula yang singkat-singkat, kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’,
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercengat,
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa, tangan berjabat,
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat,
Masa tu nafas naik sampai tersekat-sekat,
Usah peduli agama dan adat,
Usah takut Allah dan malaikat,
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘buktilah” kita buat,
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat,
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah anak-anak tak cukup sifat,
Bila anak-anak dah tak cukup sifat, jam itu kita tengok bayi dibuang merata-rata tempat,
Masya-Allah, maksiat…..maksiat…!!!
Maknanya ketika itu iblis mula melompat,
Dia kata apa?
Ha….ha…haa..manusia dah masuk jerat,
Habis manusia telah tersesat,
Inilah dia fenomena masyarakat,


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingati bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negeri akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat?
Zaman muda mu apa yang telah mu buat?
Harta benda anta, dari mana anta dapat?
Ilmu anta adakah anta manfaat?
Semoga dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan amalan.





Petikan : badasipgksah

Saturday, 9 June 2012

~ HaNya InsAn TerPiLiH ~

Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?

Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.





Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.

Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..

Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.





Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

 Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih

 

 

Friday, 8 June 2012

~ CiNTa Ohh CinTa ~

Cinta itu fitrah. Sering kita ungkap, sering kita singkap betapa besar perasaan cinta. Cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang membicarakannya. Ya, cinta itu sifatnya suci dan kalam. Namun, kita sebagai manusia yang mencacatkan cinta. Apabila ditanya, cinta apa yang utama, ramai atau mungkin semua akan katakan, 'cinta kepada Allah'.

Tepat sekali.

Namun, ramai yang tahu secara tepat, tapi tidak faham secara jelas. Cinta utama sudah pasti cinta kepada Allah. Mari kita muhasabah diri bersama-sama. Sebagai contoh, jika kita mendapat panggilan daripada kekasih daripada mendengar azan dari masjid, yang mana kita utamakan? Atau bila diajak untuk keluar bersama pasangan daripada menunaikan solat, mana yang kita dahulukan? Ataupun bila diajak membuat kebaikan daripada mencari habuan atau ganjaran dunia, yang mana kita lakukan? Tepuk dada, tanya iman.

Kita manusia mampu berkata-kata, mampu bersandiwara. Kita terbabas dari realiti dan lebih mengejar fantasi kehidupan berbanding mencari husnul khotimah. Ingatlah, diri kita (manusia) tanpa rahmat Allah ibarat tin kosong yang berkarat. Sungguh, lihatlah cinta itu pada mata hati bukan pada pancaindera dan rasa semata-mata kerana terdapat nikmat iman jika kita mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Teliti dan fahami maksud hadis berikut:

Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi daripada yang lain; mencintai yang lain kerana Allah; tidak suka kembali pada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka.' (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai oleh daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia." (Riwayat al-Nasa'i)

 Jalan mencari cinta

Jalan cinta bukan mudah. Akal dan pemikiran muda mudi kini sering kali disesakkan dengan ideologi dan kata-kata indah tentang wujudnya 'cinta islamik' sebelum berkahwin. Sedarlah, tiada cinta sebelum nikah. Andai kata kita mengucapkan rasa cinta kepada seseorang yang tiada ikatan yang sah sudah pasti bakal mengundang zina hati atau fitnah tanpa disedari. Ungkapan 'aku mencintaimu kerana Allah' dijadikan satu alasan untuk meng'halal'kan cinta mereka semata-mata. Jadi, pilihan ada pada kita semua.

Mari kita selami hadis ini: "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain) Amat besar nikmat cinta jika yang dicari demi mendapat keredhaan Ilahi. Inilah perjalanan kehidupan, cinta mencipta seribu satu persoalan. Cinta Ilahi adalah segalanya. Cinta kerana Allah akan sampai ke penghujungnya. Biar dirasai kepahitan dalam mencari cinta agar mendapat kemanisan hikmah di sebalik kisah cinta.

Aspek memilih cinta

Sebagai seorang Muslim, iman dan taqwa jadi pegangan. Al-Quran wajib dijadikan pedoman dan ditegakkan serta as-sunnah mesti dijadikan ikutan. Begitulah juga dalam aspek memilih cinta hati atau pasangan hidup kita. Agama perlu dijadikan panduan utama.
Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jagalah kesucian diri, simpanlah perasaan yang bersemi di hati, cinta Ilahi adalah cinta abadi. Islam, iman dan ihsan adalah aspek penting dalam memilih calon yang soleh dan solehah. Mohonlah doa dan keredhaan daripada Allah semoga dikurniakan seorang insan yang akan membuatkan kita bahagia di akhirat kelak nanti. Jadi, ingatlah, iman, ikhlas dan sabar adalah kunci kepada cinta yang suci.
Firman Allah SWT:

"Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan 25: Ayat 74)




Friday, 25 May 2012

~ SiFaT MaNuSia ~


Imam Ghazali dan Ibnu Qayyim ada menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang berkongsi watak dengan binatang. Antara sifat binatang yang ada pada manusia ialah : 


 


  •     Watak ganas dan suka bergaduh seperti harimau dan singa. Sebab itu dunia ini tidak pernah sunyi daripada keganasan dan pergaduhan kerana wujudnya manusia-manusia begini.

  •  Watak yang beremosi seperti ayam jantan, lembu jantan dan lain-lain. Manusia jenis ini bertindak, mencari peluang dan mempertahankan orang lain berdasarkan emosinya.

  •   Watak suka menyalak seperti anjing samaada dalam keadaan terdesak atau aman. Manusia berwatak anjing ini menyalak sesuka hatinya kepada pencuri yang disalaknya dan kepada tuannya pun di salak juga.

  •   Watak menggoda seperti iblis. Manusia berjiwa iblis menggoda orang lain mengikut kehendaknya. Iblis mengetahui dirinya dilaknat dan direjam oleh Allah, lalu dia menggoda bagi merosakkan manusia dan binasa seperti dirinya.

  •   Watak yang sukakan kebaikan dan iman seperti malaikat. Manusia seperti ini berusaha menyelamatkan manusia lain walaupun manusia itu sedang berada dijurang api neraka. Segala usaha dibuat supaya manusia itu kembali kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.

Watak yang ada pada kita menjadi tabiat kita. Apabila kita mengasuh diri kita sebagai orang yang suka bercakap dengan sifat pemberian tuhan, kita menjadi orang yang pandai bercakap, kita boleh menjadi juruhebah, penceramah, pakar motivasi dan sebagainya. Apabila kita mengasah bakat penulisan kita, kita menjadi penulisan yang hebat pula. Demikianlah pembentukan watak dalam diri kita. Kita menjadi seperti yang kita asuh dan biasakan dalam kehidupan seharian. Jadi tentukanlah watak apa yang kita mahukan bagi diri masing-masing.

Cuba kita renungkan sejenak lirik lagu "WARISAN"  perjuangan orang bangsa kita sendiri agar kita juga menjadi para perwira negara...dengan pembentukan sahsiah diri kita ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat serta kemajuan negara sejagat..teruskan perjuangan kalian semua dalam pelbagai cabang bidang ilmu kerana ilmu Allah amat luas di atas dunia yang kita diami ini. Setitik air yang melekat di tangan kita itu adalah secebis sahaja ilmu kita sedangkan ilmu yang Allah kurniakan pada hambaNya sepenuh air dilautan. Bayangkanlah wahai teman, dimana letak duduknya ilmu kita????






Semalam adalah kenangan…..esok adalah masa depan……jangan tinggalkan semalam demi esok kerana semalam adalah petunjuk kepada hari esok…semoga generasi kita di masa hadapan bangga dengan apa yang kita tinggalkan dan wariskan….




Monday, 21 May 2012

~ UsTaz AzHaR IdRus ~ Peringatan Untuk LELAKI~

 

♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.





♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya