Maal Hijrah atau Awal
Muharram merupakan satu permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula
sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan
daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik
atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad
s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan satu pembinaan
langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus
menerus akan datang tanpa kita sedari dan ketahui. Penghijrahan bukanlah satu perkara asing dalam
Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Penghijrahan berlaku
kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, melakukan
sesuatu pembaharuan dalam diri dan makna hijarah itu sendiri adalah untuk
perpindahan dari takuk lama ke arah pembaharuan, pembangunan yang baru bagi
menjamin kehidupan yang lebih harmoni berlandaskan kecintaan terhadap Ilahi..
Kebiasaannya apabila tiba
sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa
kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru
hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun
baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Tanamkan azam dan tekad
sertakan buktikannya dengan zahiriah bukannya fantasi tapi realitinya yang kita
mahukan dalam pembangunan dan kemajuan diri.
Azam yang kita tanamkan
dalam diri kita mestilah berpaksikan ke arah kebaikan yang boleh meningkatkan
jati diri kita yang berbentuk ke arah pengisian rohani dan keagamaan tetapi
tidak salah untuk kebahagiaan dunia asalkan mendatangkan kebaikan bukan
sebaliknya . Contohnya, mungkin bagi
sesetengah individu yang tidak pernah
solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima
waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima
waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Begitulah sebaliknya
dalam menisbahkan ibadah-ibadah lain supaya hati kita sentiasa terikat dengan
pergantungan tali Allah. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari
esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari
hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.
Di samping itu, sebagai
khalifah di muka bumi ini, kita mestilah perkuatkan lagi fahaman aqidah,
syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas terhadap agama yang kita
anuti, maka iman dan takwa kita dengan sendirinya akan kukuh. Percayalah!!! makin
rapat kita dengan Allah s.w.t. makin tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang
penuh cabaran dan dugaan ini. Pernahkan kita sedar dan fikirkan tentang hal
yang satu ini?????
Antara
amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa
berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu
hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir
tahun pada
hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal
tahun pada
1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
(10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
SELAMAT BERAMAL!!!