Followers
Saturday, 13 December 2014
Friday, 5 September 2014
~ 60 Tip MenJaDi IsTeRi CaNTiK & SoLeHaH ~
WANITA
adalah kunci kebaikan kepada sesuatu ummat. Wanita bagaikan batu bata yang
berperanan membangunkan generasi yang bernama manusia. Apabila kaum wanitanya
baik, maka baiklah suatu generasi tersebut dan begitulah sebaliknya. Menurut perspektif
Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekaligus memelihara
keseimbangan ciptaan Allah. Maka Rasulullah SAW memartabatkan kaum wanita
sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Nabi bersabda :
“Dunia
ini penuh dengan perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita yang solehah”
(Hadis riwayat Muslim)
Hadis
ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi akan kedudukan wanita. Dalam
al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut :
1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh, andainya dia tidak dididik, diasuh dan dibentuk menurut acuan Islam.
2. Wanita juga adalah ujian kepada seseorang lelaki dalam mencari kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Aspek
keagamaan dalam diri seseorang isteri menjadi penentu kepada rumah tangga yang
bakal dibina dan dibentuk. Agama adalah ramuan terbaik yang boleh melenturkan
peribadi seseorang individu, menghiasi diri dengan akhlak terpuji, mengisi
minda dan hati dengan penuh keimanan dan ketakwaan serta membimbing ke arah kehidupan
yang diredhai Ilahi…
Insya
Allah….semoga bermanfaat untuk semua….jazakallah…
Location:
Malaysia
Sunday, 31 August 2014
~ SaJaK KeMerDeKaaN ~
HAI MELAYU!!
Rumahmu semua dibina Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam berkuasa,
Warga bangla pun menjadi jaga,
Orang nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan mengusung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan Bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
Masih mendabik dada menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang,
Duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau pantas menyambar,
Tapi Cuma indah khabar dari rupa,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.......
Hai melayu!
Jarimu hebat bertutur difacebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
Kau Cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
Kau melaung-laung dijalan raya,
Bagitahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah jadi kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Pada anak bangsa
Hai melayu!
Sedarlah bangsaku,
Bukalah mindamu,
Bersatulah bangsaku,
Kerana malaya bukan lagi milikmu!
Aku pun melayu
Engkau pun melayu,
Bodoh sombong harus ditepis,
Riak, bongkak dan hasad dengki
Sesama bangsa harus diguris,
Bersatulah melayu kerana agama,
Bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir
Bangsaku untuk Negara, berjasa dan berkuasa
Merdeka!!
Ekonomi pula dikuasai cina,
Golongan profesional semuanya india,
Warung makan pun, mamak dan siam berkuasa,
Warga bangla pun menjadi jaga,
Orang nepal yang menabur baja,
Orang Pakistan mengusung karpet jaja merata,
Lalu melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat,
Harapkan hiburan, lagi best filem barat,
Harapkan Bahasa, banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
Masih mendabik dada menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang,
Banyak rungut, sikit rancang,
Siapa tegur, dituduh lancang,
Duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau pantas menyambar,
Tapi Cuma indah khabar dari rupa,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau melayu aku pun melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa melayu tak macam dulu.......
Hai melayu!
Jarimu hebat bertutur difacebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
Kau Cuma tahu bergaya,
Hai melayu!
Kau melaung-laung dijalan raya,
Bagitahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah jadi kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!
Pada anak bangsa
Hai melayu!
Sedarlah bangsaku,
Bukalah mindamu,
Bersatulah bangsaku,
Kerana malaya bukan lagi milikmu!
Aku pun melayu
Engkau pun melayu,
Bodoh sombong harus ditepis,
Riak, bongkak dan hasad dengki
Sesama bangsa harus diguris,
Bersatulah melayu kerana agama,
Bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir
Bangsaku untuk Negara, berjasa dan berkuasa
Merdeka!!
Thursday, 27 February 2014
~ WaNiTa Dan AiR MaTa~
Kadangkala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan
oleh perkara-perkara lama yg sudah berlalu...
Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis kerana cintanya telah
didusta. Dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna
cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....
Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. Tidak
didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi
keluarga....
Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan
Ilahi..... Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. Bukan sehari, bukan
seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan
hubungan istimewa yang Allah ciptakan...
Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu
menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana
dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula
belum diketahuinya lagi...
Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila
dia menangis, itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu..air mata tidak
berbohong wahai kaum adam.
Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya
tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring
dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan,
Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan,
Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....
Mengapa harus ada air mata???? Semua wanita memang
menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas berfikir, sedikit
demi sedikit mulai terungkap bahawa sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA
KEHIDUPAN....
Subscribe to:
Posts (Atom)