Followers

Thursday, 18 October 2012

~ IbLis & SakRaTul MauT ~

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith rasulullah SAW menerangkan :
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut

Rombongan 1 :
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis mati fasik dan munafik, maka ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2:
Akan datang Iblis kepada orang yang di dalam sakaratul maut itu yang merupakan dirinya sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka apabila orang yang berada di dalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah juga tempatnya

Rombongan 3:
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka  nerakalah tempatnya.

 Rombongan 4 :
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5 :
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun menerima pelawaan itu dengan tanpa berfikir panjang  lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. Nauzubillah minzalik.

Rombongan 6 :
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, sudah lama aku menunggu engkau dan mencari engkau di merata tempat, rupanya engkau sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada engkau doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah???”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulama Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah engkau lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau engkau hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). 

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya terkena.

Lalu berkata ulama palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata iblis : “itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombonga 7 :
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam perkara yang mana setiap satunya berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membentengkan iman kita dengan addin Allaha dan  takwa yang jitu. Seharusnya kita perlu sedar bahawa orang yang sentiasa mumarosah dalam beribadah kepada Allah, sentiasa menjaga amalan-amalannya, sentiasa  meng“up”kan dirinya mencari redha Ilahi boleh terjerumus dalam kancah yang telah diprogramkan oleh syaitan laknatullah, apatah lagi kita yang imannya senipis helaian rambut, adakalanya iman tinggi dan adakalanya iman terlalu “down”. Sudah semestinya kita perlu BERINGAT akan hakikat kehidupan kita akan adanya dunia pengakhiran selepas ini.

RENUNG-RENUNGKAN DUHAI PEJUANG!!!

Saturday, 13 October 2012

~ MusLiMaH SeJaTi ~


Muslimah yang sejati telah mengisi ruang dadanya dengan kefahaman addin syariat yang telah dianutinya. Dia akan mengkaji ilmu dengan penuh ketekunan. Dia akan menghiasi diri dan jiwanya dengan budi pekerti yang luhur serta di tiangi dengan tonggak keimanan yang kental tanpa kegoyahan. Fitrah kasih sayang dan kelembutan terserlah di sanubarinya sehingga membuahkan kehalusan insaniah pada dirinya. Seandainya jiwa-jiwa tersebut dipupuk dan dibelai dengan kalam addin yang syumul, muslimah sejati ini akan menghiasi taman-taman jannah di akhirat nanti.

Alangkah indahnya jika di dunia ini dihiasi dengan muslimah solehah yang berpegang teguh dengan tali agama Allah dan sering menghiasi bibirnya dengan berzikrullah. Muslimah solehah bagaikan kuntuman mawar yang sedang mekar menceriakan suasana dengan penuh girang dalam peliharan Ar-Rabb. Personalitinya bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu kerana segala cabaran dan dugaan yang mendatang akan ditempuhinya dengan bekalan iman dan ilmu di dadanya. Tutur katanya yang lahir dari keikhlasan jiwa yang bersih menghasilkan tindak tanduk yang berteraskan syariat Islamiyyah yang menyejukkan qalbu yang memandang, bagaikan titisan embun pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi mendatang.

Muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di sebaliknya. Muslimah sejati juga bukanlah dilihat dari sebanyak manakah sumbangannya kepada agama tetapi dilihat dari segi keikhlasannya dalam menyumbang kea rah kebaikan. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari  selembut mana lantunan suaranya akan tetapi dilihat sejauh mana bicaranya dalam menyebarkan agama Allah. Muslimah sejati sering bersyukur dan redha dengan segala apa yang dikurniakan Allah dalam hidupnya.

Ya Allah…jadikanlah kami para muslimah yang sejati, yang dapat menyumbang serba sedikit perjuangan dalam agamamu. Jadikanlah kami para syuhada dan jadikanlah kami salah seorang bidadari di Firdausi nanti…perkenankanlah doaku ini..amiin ya rabbal a’lamin..


Wednesday, 10 October 2012

~ PeSaNaN ~


  • Sesungguhnya kita dipesan supaya mengingat mati 70 kali sehari. Kerana kita terlalu alpa dengan keduniaan semata-mata dan lupa akhiratlah yang kekal abadi.


  • Senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda pasti akan memberi syafaat kepada orang yang berselawat kepadanya. Sesungguhnya Allah taala dan malaikat pun bersolat keatas beginda.


  • Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, kebangkitan padang mashyar itu benar, hari perhitungan itu benar, syurga dan neraka itu benar.






 RENUNG-RENUNGKAN!!!

Thursday, 27 September 2012

~ 6 WaSiaT LuqMaNuL HaKiM ~


Pada saat ajal akan datang menjemputnya, Luqman berpesan pada anaknya, ‘puteraku, aku telah sering menasihatimu mengenai tujuan akhir ini (kematian). Sekarang sudah saatnya aku menasihatimu dengan enam perkara yang di dalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang mendatang.

Pertama : janganlah kamu menyibukkan diri dengan dunia            kecuali waktu terluang dalam umurmu.

Kedua : sembahlah Tuhanmu, sesuai dengan upaya dan     kemahuanmu kepadaNYA.

Ketiga : beramallah dengan akhiratmu sesuai dengan kedudukan yang kamu inginkan di akhirat nanti.

Keempat : sibukkan dirimu untuk menyelamatkan tubuhmu dari api neraka selama kami tidak yakin akan selamat darinya.

Kelima : hendaklah ketakutanmu akan berbuat maksiat sesuai dengan kesabaranmu atas azab Allah.

Keenam : jika kamu ingin berbuat maksiat terhadap Allah, carilah tempat dimana Allah dan para malaikat tidak melihatmu.




Tuesday, 18 September 2012

~ BanGkiTLaH WaHaI PeMuDa MaKsiaT ~


Bismillah ditujukan untuk ucapan kepada para maksiat. 

Dengar lah wahai Pembuat Dosa!.. 
Loceng loceng pertempuran telahpun berbunyi.. 

Tuhan telah berseru di dalam Al Quran.."Barangsiapa yang menolong agamaKu, maka dia akan mendapat pertolonganKu"

Tuhan telah memanggil kamu dari dalam hati kamu sendiri wahai para pembuat maksiat. 
Berjuanglah demi ALLAH walau kelihatan engkaulah penghuni Neraka Jahannam 

Berjuanglah di medan pertempuran Kuffar walaupun diri kau Penuh dengan dosa..
Walau kau baru sahaja berzina
Walau kau baru sahaja merompak
Walau kau baru sahaja berjudi... 



Andai kau tidak dipilih sebagai tetamu kehormat Syurga... 
Sekurang kurangnya kau patut berbangga bahawa engkaulah Pejuang Tuhan satu ketika dulu
sekurang kurangnya kau mampu tersenyum saat kau dilempar ke neraka.. 
Sekurang kurangnya hati kau gembira ke Neraka kerana perjuangan engkau... 

Sekurang kurangnya kau masih berasa bersyukur bahawa
ALLAH masih mempedulikan kau... 
Walaupun dengan Murka-Nya... 

-Madah untuk Tentera Yang Mengejar Neraka Demi Merasa Nikmat Melihat Syurga Dengan Lebih Dekat-



Friday, 14 September 2012

~ SaHaBaT SePeRJuAnGaN ~

Kecanggihan hari ni ada kala nya membawa kepada kebaikan tapi masa yang sama, ia juga membawa kepada kemudratan.  Adakah anda berasa bertuah/beruntung  apabila   seseorang   teman menghantar sesuatu mesej yang baik dari segi agama mahu pun dari segi kehidupan.  Sesuatu yang mungkin dapat membentuk sahsiah peribadi anda menjadi muslim yang sempurna. Atau pun sekadar membaca sambil lalu tanpa mengambil sebarang aktibar dari apa yang telah diperingatkan atau yang telah disampai kan. Sungguh rugi jika anda tergolong dari golongan ini.  Pernah kah anda terfikir, apabila seseorang teman menghantar sesuatu yang baik tetapi anda membalasnya dengan sesuatu benda yang mempersendakan.

Tidakkah anda merasa malu, seseorang teman mengingatkan anda pada sesuatu yang kebaikan, sedangkan anda membalasnya dengan sesuatu yang berunsur keburukan dan melukakan hati. Mungkin anda beranggap ia sekadar keseronokkan. Tetapi anda harus ingat, kebaikan seharusnya dibalas dengan kebaikan, bukannya sesuatu yang mempersendakan. Mungkin keseronokkan yang anda rasa, anda mahu ia berkongsi bersama. Tapi adakah anda yakin, yang  teman anda sependapat dengan gaya hidup anda.

- Teman yang baik adalah teman yang saling nasihat menasihati ke jalan kebaikan.


- Teman yang baik adalah pendengar yang setia bagi permasalahan teman nya.



- Teman yang baik adalah teman yang membawa kebaikan dalam agama dan kehidupan



- Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersedih dan gembira bersama

- Teman yang baik akan selalu memdoakan sesuatu yang baik untuk temannya

- Teman yan baik tidak akan menyakiti hati temannnya

- Teman yang baik sentiasa bermanis muka terhadap temannya

- Teman yang baik tidak akan memceritakan keburukkan temannya



Mungkin anda boleh mencari seramai mana kawan. Tetapi  anda lupa, anda akan rasa payah untuk mencari seorang teman yang mampu bersedih bersama-sama, di saat anda memerlukan.

Hargailah teman yang mampu memberi anda kebaikan.


Sayangilah ia selagi mana ia menyayangi anda


Kasihilah ia selagi mana ia mengasihi anda


Dengarlah nasihat nya, selagi mana tidak melanggar batasan agama


Dampingilah ia, mungkin ia dalam kesusahan.


Bertemu dan berpisah biarlah kerana ALLAH

Ukhwah yang dibina antara teman, Biarlah seperti seutas tasbih,
Ada awal,  Tiada penghujungnya, 
Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA.

YA ALLAH...jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......Amin...

Tuesday, 11 September 2012

~ TaFaRRuGh DaLaM BeRiBaDaH ~


Makna tafarrugh adalah mengosongkan diri dari segala sesuatu selain Allah sehingga Allah berkenan hadir dalam hatinya. Tafarrugh juga bermakna meluangkan masa dan hati dalam mengambil peluang untuk sentiasa beribadah dan bukan sahaja fokus beribadah di dalam masjid ataupun berada diatas sejadah siang malam semata-mata, bahkan dengan mengosongkan hati dari sesuatu selain Allah dapat membawa cahaya keagungan Ilahi ke dalam jiwa nurani, hati, akal dan fizikal dalam beribadah penuh khusyuk kepada Allah seolah-olah kita sedang berhadapan dengan Raja Diraja Sejati yang sangat berkuasa. Inilah yang dikatakan keadaan ihsan sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNYA, jika kamu tidak melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihat kamu”.

 

Oleh sebab itu, kita janganlah sampai jasad kita berada di dalam masjid beribadah, berzikir, kononnya bertafakur sedangkan akal fikiran kita melayang jauh entah ke mana dari mengingati dan merasakan kehadiran Allah. Al-Quran telah menerangkan dengan jelas bahawa orang yang lalai dari mengingati Allah dalam solatnya di anggap sebagai orang yang celaka. Firmannya :

 

×@÷ƒuqsù šú,Íj#|ÁßJù=Ïj9 ÇÍÈ   tûïÏ%©!$# öNèd `tã öNÍkÍEŸx|¹ tbqèd$y ÇÎÈ

(kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang .(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Wednesday, 5 September 2012

~ ManGkuK Yg CaNTiK, MaDu & SeHeLai RaMbuT ~

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan Uthman r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha, puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut tertinggal di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut.
 
 
 
 
 
 
 (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
 Abu Bakar r.a berkata,
“iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
 
Umar r.a berkata,
“kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Uthman r.a berkata,
“ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Ali r.a berkata,
“tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Fatimah r.ha. berkata,
“seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Rasulullah SAW berkata,
“seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Malaikat Jibril AS berkata,
“menegakkan tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
 
Allah SWT berfirman,
“Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syuga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Subhanallah…
Mutiara kata yang sangat cantik…
 
dipetik : paksi.net

Sunday, 2 September 2012

~ انتهزوا الفرصة ~


ايها الحفل الكريم!

إن من أهم أسباب تفوق الطالب في دراسته إلتزامه تقنيات التعلم الفعال، ومن بين هذه التقنيات :

۱.  إخلاص النية

۲.  تحديد الأحداف والآمال

۳.  تخطيط البرامج الدراسية والتزامها

۶.  تنظيم الأوقات تنظيما دقيقا

۵.  الإنتباه الكلي أثناء التعلم

۴.  إستشارة المعلمين لحل المشكلات الدراسية

۷.  كتابة المذكرات حتى لا تزول المعلومات المهمة

۸.  المناقشة مع الأصدقاء

۹.  عدم تأجيل الواجبات إلى الغد

۱۰.  عدم الإهمال في أداء التدريبات

 

قال الإمام الشافعي :

أخي، لن تنال العلم إلا بستة          *    سأنبيك عن تفصيلها ببيان

ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة         *    وصحبة أستاذ وطول زمان