Followers

Sunday, 31 August 2014

~ SaJaK KeMerDeKaaN ~


         HAI MELAYU!!



Rumahmu semua dibina Indonesia,

Ekonomi pula dikuasai cina,

Golongan profesional semuanya india,

Warung makan pun, mamak dan siam berkuasa,

Warga bangla pun menjadi jaga,

Orang nepal yang menabur baja,

Orang Pakistan mengusung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

Harapkan ustaz, saling menyesat,

Harapkan hiburan, lagi best filem barat,

Harapkan Bahasa, banyak telah bertukar kesat,

Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

Harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!



Hai melayu! 

Masih mendabik dada menjadi tuan?

Sibuk mahu menjadi tuan,

Rupanya kerja kelas bawahan,

Ditipu mentah orang atasan,

Konon perjuangan ini untuk kalian!

Kerja sikit, sembang kencang,

Banyak rungut, sikit rancang,

Siapa tegur, dituduh lancang,

Duduk warung, gigit kacang!



Hai melayu!

Konon kau pantang dicabar,

Konon kau pantas menyambar,

Tapi Cuma indah khabar dari rupa,

Rentakmu makin lama makin hambar,

Kau melayu aku pun melayu,

Aku menulis bukan cemburu,

Aku mahu engkau tahu,

Kenapa melayu tak macam dulu.......



Hai melayu!

Jarimu hebat bertutur difacebook alam maya,

Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,

Kau Cuma tahu bergaya,



Hai melayu!

Kau melaung-laung dijalan raya,

Bagitahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!



Hai melayu!

Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

Bila dah jadi kaya kau jadi puaka,

Ini tandanya kau sudah derhaka!

Pada anak bangsa



Hai melayu!

Sedarlah bangsaku,

Bukalah mindamu,

Bersatulah bangsaku,

Kerana malaya bukan lagi milikmu!

Aku pun melayu

Engkau pun melayu,

Bodoh sombong harus ditepis,

Riak, bongkak dan hasad dengki

Sesama bangsa harus diguris,

Bersatulah melayu kerana agama,

Bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

Kerana ini mungkin peluang akhir

Bangsaku untuk Negara, berjasa dan berkuasa


Merdeka!!