Apabila ditinggalkan kekasihnya.....Wanita itu menangis kerana cintanya telah
didusta. Dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna
cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....
Apabila suaminya dilanda musibah....Wanita itu menangis didalam hatinya. Tidak
didepan suaminya kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi
keluarga....
Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan
Ilahi..... Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. Bukan sehari, bukan
seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan
hubungan istimewa yang Allah ciptakan...
Apabila dirinya di ijab dan kabul...Wanita itu
menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana
dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula
belum diketahuinya lagi...
Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila
dia menangis, itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu..air mata tidak
berbohong wahai kaum adam.
Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya
tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring
dengan perasaannya... Titisan air mata wanita itu melambangkan Keikhlasan,
Kejujuran, Kesedihan, Kegembiraan, Kepasrahan, Ketakutan, Kecurangan,
Pendustaan, Kepercayaan, Kesetiaan, Kekuatan, dan Kesucian....
Mengapa harus ada air mata???? Semua wanita memang
menangis tanpa ada alasan yang munasabah...Setelah puas berfikir, sedikit
demi sedikit mulai terungkap bahawa sebenarnya airmata wanita adalah AIR MATA
KEHIDUPAN....