Ramai dikalangan anak muda kita yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil
keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan
sesuai untuk dijadikan pasangan. Mereka mengambil inisiatif untuk berkahwin tidak kira sama ada nikah khitbah/gantung atau nikah secara fitrah kebiasaan. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa
mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat.
Hakikatnya, mereka yang menjalani nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental
mahupun fizikal. Mereka perlu
bersedia dari segi luaran dan dalaman agar hubungan rumah tangga dapat berlangsung seperti biasa.
Ramai yang mengatakan seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran
yang bakal dilalui di masa hadapan. Adatlah,
selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi bagi usia yang masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh
itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut
adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.
Apakah
Kebaikan Berkahwin Muda?
Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita
serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat
pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur
bagi melepaskan kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga
dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah
pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya akan terjaga baik
dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain pula,
ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama
untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.
Perlukah
Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafikan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan
lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu
lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan
rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan
tambahan’. Justeru itu, jalan yang paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia
untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka
usahakanlah ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan
alasan yang munasabah, sebaiknya lakukan solat istikharah mohon petunjuk dari Allah sama ada pilihan yang telah dibuat betul atau salah. At least apa-apa keputusan yang bakal diambil telah di minta petunjuk dari Ilahi. Sekiranya keputusan adalah negative, maka pertimbangkanlah untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun
ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari
sudut yang positif.
Mengapa
Tidak Bertunang Dahulu?
Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran, berpasangan dan masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah.
Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar
adat sahaja bukannya lesen untuk berdua-duaan di mana sahaja. Paling
tidak pun memberitahu masyarakat bahawa gadis itu telah ‘ditanda’ oleh seseorang.
Lagipun, ada hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui
pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah
bersabda :
“Jika
datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya
untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan
demikian, maka akan timbullah fi tnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat
Tirmidzi no 1084)
Bagaimana
Jika Tidak Direstui?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa di kedua
belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan
yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak. Bagaimanapun,
sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan
diteruskan. Hal Ini kerana, redha ibu bapa itu penting untuk anak-anak teruskan
kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk
selamanya. Tapi ada sesetengah ibu bapa yang kita boleh rasionalkan untuk menunjukkan kebaikan berkahwin awal. Bukan apa, kadang-kadang ada ibu bapa yang memegang satu prinsip bahawa kahwin muda adalah satu risiko yang besar sedangkan ada Nabi pernah mengatakan bahawa terlalu banyak kebaikan dengan berkahwin awal di tambah lagi bahwa " kemuliaan wanita tersebut terletak dengan awal perkahwinannya serta mudah urusan perkahwinannya". Bukan semata-mata untuk meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Selain itu, pasangan tersebut mestilah menyatakan bahawa kalian mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bukan hanya sekadar janji kosong tapi biarlah berlaku secara realiti. Ambillah pengajaran/ibrah dari pengalaman orang yang kahwin muda. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada
mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah
tangga.
Bagaimana
Pula Dengan Pandangan Masyarakat?
Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi
masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan
berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih
teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden
ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin. Sudah
pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk
mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang
biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan.
Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan
sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan
hamba-hamba-Nya yang sabar.
Mampukah
Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk
mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk
berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana
masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar
erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa.
Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya.
Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah
mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah
mencari calon yang meletihkan. Betulkan???
Cara
Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?
Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya,
jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas
sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa
perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah
aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan
usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan. Ingat tu !!!
so.....fikir-fikirkan !!!