Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara
tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tapi untuk tidur awal memang sukar untuk
mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari. Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami
masalah untuk dapatkan tidur awal.
Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa
lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan. Nak mudah dan cepat makan Maggi. Senang didapati, mudah
disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi
pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji
pelajaran.
Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita
tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan
mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab
utama
2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan,
dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan
mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan
minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan
berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam
keadaan betul-betul fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan
beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau
dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu
sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam
kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita
untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis
yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.
Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.
Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang
toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi
(lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara
yang relaks seperti mendengar muzik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini
masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi
anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada
kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan
secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian
hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian
paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk,
ketika ini akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses
de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil
ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin
tersebut.
Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian
usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita
harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus
lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat
berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka
harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan
sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak
bersarapan sama sekali.
Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu
proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum
tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama. “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan.
Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan
bahaya bagi badan.
Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak
cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi
masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda
yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi
mengatasi masalah tidur anda.
Cara Mengatasi Masalah Tidur
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda
berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda
mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara
mereka yang berbeza dengan orang lain.
1. Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh
pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa
berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh
menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu
mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari
apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba
melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara
negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda
pasti akan dapat tidur dengan baik.
2. Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik
kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan
waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11
malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada
hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda
untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah
ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
3. Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang.
Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita.
Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda
itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu
keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan
selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas
semasa tidur.
4. Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang.
Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang
bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan
dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber
bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone
dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak
terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan
mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.
5. Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan
anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu
yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan
anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur,
anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik
anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan
mata.
6. Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan
dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum
tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam
diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah
itu hati akan menjadi tenang.
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda
berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda
mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara
mereka yang berbeza dengan orang lain.