Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia,
bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani
hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir
hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul
maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith rasulullah SAW menerangkan :
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada
perdayaan syaitan di waktu maut
Rombongan 1 :
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang
lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa
hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah
yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis mati
fasik dan munafik, maka ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2:
Akan datang Iblis kepada orang yang di dalam sakaratul maut itu yang merupakan
dirinya sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan
Kala yang berbisa. Maka apabila orang yang berada di dalam sakaratul maut itu
memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat
hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka
matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah
SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah juga tempatnya
Rombongan 3:
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat
kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba
untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan
dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila
tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu
dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan
Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4 :
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.
Rombongan 5 :
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan
orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan
lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang
dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan
rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan
untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan
yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun menerima pelawaan itu dengan tanpa berfikir panjang lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. Nauzubillah minzalik.
Maka dia pun menerima pelawaan itu dengan tanpa berfikir panjang lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. Nauzubillah minzalik.
Rombongan 6 :
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, sudah lama aku menunggu
engkau dan mencari engkau di merata tempat, rupanya engkau sedang sakit di
sini, oleh itu kami bawakan kepada engkau doktor dan bomoh bersama dengan ubat
untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian
penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulama
dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu
mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah???”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulama Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah engkau lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau engkau hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Berkata ulama Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah engkau lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau engkau hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul
maut itu bertanya kepada ulama palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa
gembira apabila jeratnya terkena.
Lalu berkata ulama palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu.”
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu,
maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata iblis : “itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini
benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu
benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk,
sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain
pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku
sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di
dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombonga 7 :
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar
(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam perkara yang mana setiap satunya berlainan di dalam waktu
manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan
dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah.”
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membentengkan iman kita dengan addin
Allaha dan takwa yang jitu. Seharusnya
kita perlu sedar bahawa orang yang sentiasa mumarosah dalam beribadah kepada
Allah, sentiasa menjaga amalan-amalannya, sentiasa meng“up”kan dirinya mencari redha Ilahi boleh
terjerumus dalam kancah yang telah diprogramkan oleh syaitan laknatullah,
apatah lagi kita yang imannya senipis helaian rambut, adakalanya iman tinggi
dan adakalanya iman terlalu “down”. Sudah semestinya kita perlu BERINGAT akan
hakikat kehidupan kita akan adanya dunia pengakhiran selepas ini.
RENUNG-RENUNGKAN DUHAI PEJUANG!!!
1 comment:
nice share,...
terima kasih artikelnya,..
salam Produsen Mukena Prada
Post a Comment