Nama sebenar : Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.
Dilahirkan : Pada
tahun 1926M di sebuah perkampungan
terpencil berhampiran Madinah al-Mahallah.
Gelaran : Gelaran
sebenar al-Qaradawi tetapi ahli Syam
membaca dengan al-Qardawi yang dinisbahkan
dengan perkampungan
al-Qardah.
Sejarah hidup : Meninggal
dunia ketika beliau masih kecil lagi
sekitar(2tahun). Dipelihara oleh ibunya, bapa
saudara dan datuknya. Ibunya meninggal dunia
ketika beliau berada di peringkat
thanawi.
Beliau terkenal dengan kecerdikan dan
ketajaman ilmunya. Dari kecil
lagi, beliau
sentiasa mendapat tempat pertama kecuali
peperiksaan akhir di
peringkat thanawi
(tempat kedua) di seluruh Mesir dengan
perbezaan setengah
markah sahaja.
Jawatan di sandang :
·
Imam dan khatib masjid
·
Professor di Universiti Qatar
·
Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan
Pengajian Islam Universiti Qatar
·
Anggota Majma’ al- Fiqhi bagi Rabitah ‘Alami
al-Islami
·
Presiden Persatuan Ulama’ Sedunia
·
Anggota Majlis Tertinggi Universiti Islam
Madinah
·
Anggota Muktamar ‘Alami al-Iqtisodi dan
lain-lain
·
Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
·
Naib Pengerusi Organisasi Zakat
Antarabangsa
·
Ahli Pusat Pengajian Islam, Oxford
·
Pengarah Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah
Islam, Qatar
·
Penyelia Hal Ehwal Islam Kementerian Wakaf
dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar
·
Pengarah Kolej Islam Qatar
Sifat Peribadinya :
· Tawadhuk yang tinggi
·
Berani menegakkan kebenaran
·
Berlapang dada dan sanggup untuk kembali
kepada kebenaran tanpa segan silu dan takut
·
Menentang kezaliman dan menegakkan keadilan
walau dimana sekalipun
·
Menekuni dalam mentelaah ilmu turath dan
semasa
·
Mengemukakan banyak pendapat untuk maslahat
ummah dengan muqaranah mazahib serta penggunaan kaedah Usul Fiqh dan Fiqh
·
Terpengaruh dengan aliran tajdid yang
banyak disuburkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Muhammad Rasyid Redha,
Syeikh Mahmud Syaltut dan lain-lain
·
Seorang pemidato yang berwibawa, berkarisma
dan boleh menarik minat pendengar dengan hujah yang mantap
Bersama-samalah kita memperbaiki diri
kita untuk memartabatkan ummah sejagat dengan menghayati contoh-contoh sifat
peribadi para ulama’. Renung-renungkan…
1 comment:
CASINO HOTEL, RANK, CA - Mapyro
CASINO HOTEL, RANK, CA. 의왕 출장마사지 (Mapyro). Find hotels, 김제 출장마사지 motels, 경상남도 출장마사지 and 안동 출장샵 other lodging near CASINO HOTEL in RANK, CA (RANK). 강원도 출장마사지
Post a Comment