Followers

Tuesday 20 March 2012

"MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMA'UL HUSNA"


Asma’ul Husna adalah nama-nama Allah yang mulia yang terkandung di dalam Quran yang mana pada tiap-tiap nama itu mengandungi fadhilatnya yang tersendiri. Sekiranya diamalkan setiap hari, kita dapat merasai fadhilatnya yang mampu menerangi kehidupan di dunia ini. Antara fadhilatnya ialah kita dimurahkan rezeki, dibersihkan hati, diselamatkan daripada bala bencana, di sembuhkan daripada penyakit, dan pelbagai fadhilat lain yang menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat para pengamalnya.  Secara umumnya, lelaki mahupun wanita yang mengamalkan Asma’ul Husna dalam kehidupan mereka, mampu menjadi insan super yang disegani lagi dihormati. Persoalannya, sejauh mana seseorang wanita itu boleh mencapai tahap muslimah super?


*************************

Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu di letakkan paling atas daripada segala-galanya. Bahkan niat bagi melakukan sesuatu perbuatan perlu kerana Allah. Sekiranya niat awalnya bukan kerana Allah, tetapi lebih di dorong oleh keinginan memperoleh harta, jabatan, kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung anda berpijak diatas asas yang rapuh. Al-Quran mengumpamakan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah, seperti “ labah-labah yang membuat rumah”.


*************************




Wanita super adalah wanita hebat yang menjadikan 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, zahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibaca, tetapi difahami maknanya, dihayati dan kemudiaan di aplikasikan setiap nama itu dalam kehidupannya. Ia menjadi muslimah kebanggan Allah kerana menjalankan fungsinya sebagai hambaNya yang menyebarkan ajarannya kepada umat manusia. Inilah yang dinamakan…… 
“MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMA’UL HUSNA” ..

Terbitan : PTS
Penulis : Sulaiman Al- Kumayi



No comments: