1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
Seorang perempuan itu akan
terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi
masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah
dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya
memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita yang bermasalah itu mampu melalui
masalah yang dihadapi nya. Kita orang yang berada disekeliling dia tidak mampu meneka
apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita
memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada
masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau kita turut
sedemikian rupa.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia
bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak
mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin
dengan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa
menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap
bantuan Allah tidak pernah surut.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya
ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik
pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya
malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari
yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi
perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang
tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri
kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati
hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang
wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada orang yang
pernah melukakannya malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka
inilah yang memberi peluang kepadanya untuk menjadikan dia lebih tabah.
Subhanallah.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang
ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana
bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka bukannya
kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal
erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan
orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan
diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang
mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari
setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Semoga kita semua akan menjadi wanita paling cantik didunia...
insya Allah biiznillah..
No comments:
Post a Comment