Followers

Tuesday 30 April 2013

~ MaLaM PeRTaMa ~


“ Malam Pertama” di syurga adalah gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah swt sehingga mereka layak bergelar “ Ahli Jannah”. Sebenarnya di syurga tidak dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu, sehingga tiada malam ataupun siang di sana. Adapun “ Malam Pertama” di  syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya di syurga, sehinggalah lebih indah daripada malam pertama pengantin baru.
          Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh istana manapun di dunia ini. Keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat kita bayangkan. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga seperti firmanNYA :
   
Itulah Dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman Yang Selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan Yang betul lurus (yang Selamat itu).

Bukannya mudah untuk memastikan “Hari Pertama” kita berasa di dalam syurga kerana ia memelukan perjuangan dan amalan yang banyak semasa hidup atas dunia. Perjalanan ke syurga dipenuhi dengan onak dan duri, manakala jalan ke neraka pula dipenuhi dengan keinginan syahwat yang tiada berpenghujung. Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang diberikan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka adalah tempat seksaan untuk mereka yang beramal keji dan buruk.

        Anas ra. pernah berkata, “Mahukah kamu diberitahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan di dengar oleh manusia (yang masih hidup)???. Hari yang pertama adalah hari dimana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaanNYA ataupun kemurkaanNyA (hari kematian), dan kedua iaitu hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam KUBUR dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya HARI KIAMAT.

Sesungguhnya insan yang beriman adalah mereka yang sangat takut jika kembali kepada Allah dalam keadaan penuh dosa. Mereka inginkan hari-hari pertamanya di kubur (alam barzakh) bagaikan “MALAM-MALAM PERTAMA” yang indah di syurga.


Moga ianya menjadi milik kita semua. Insya Allah…amiin



No comments: