Followers

Friday 25 May 2012

~ SiFaT MaNuSia ~


Imam Ghazali dan Ibnu Qayyim ada menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang berkongsi watak dengan binatang. Antara sifat binatang yang ada pada manusia ialah : 


 


  •     Watak ganas dan suka bergaduh seperti harimau dan singa. Sebab itu dunia ini tidak pernah sunyi daripada keganasan dan pergaduhan kerana wujudnya manusia-manusia begini.

  •  Watak yang beremosi seperti ayam jantan, lembu jantan dan lain-lain. Manusia jenis ini bertindak, mencari peluang dan mempertahankan orang lain berdasarkan emosinya.

  •   Watak suka menyalak seperti anjing samaada dalam keadaan terdesak atau aman. Manusia berwatak anjing ini menyalak sesuka hatinya kepada pencuri yang disalaknya dan kepada tuannya pun di salak juga.

  •   Watak menggoda seperti iblis. Manusia berjiwa iblis menggoda orang lain mengikut kehendaknya. Iblis mengetahui dirinya dilaknat dan direjam oleh Allah, lalu dia menggoda bagi merosakkan manusia dan binasa seperti dirinya.

  •   Watak yang sukakan kebaikan dan iman seperti malaikat. Manusia seperti ini berusaha menyelamatkan manusia lain walaupun manusia itu sedang berada dijurang api neraka. Segala usaha dibuat supaya manusia itu kembali kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.

Watak yang ada pada kita menjadi tabiat kita. Apabila kita mengasuh diri kita sebagai orang yang suka bercakap dengan sifat pemberian tuhan, kita menjadi orang yang pandai bercakap, kita boleh menjadi juruhebah, penceramah, pakar motivasi dan sebagainya. Apabila kita mengasah bakat penulisan kita, kita menjadi penulisan yang hebat pula. Demikianlah pembentukan watak dalam diri kita. Kita menjadi seperti yang kita asuh dan biasakan dalam kehidupan seharian. Jadi tentukanlah watak apa yang kita mahukan bagi diri masing-masing.

Cuba kita renungkan sejenak lirik lagu "WARISAN"  perjuangan orang bangsa kita sendiri agar kita juga menjadi para perwira negara...dengan pembentukan sahsiah diri kita ke arah kecemerlangan di dunia dan di akhirat serta kemajuan negara sejagat..teruskan perjuangan kalian semua dalam pelbagai cabang bidang ilmu kerana ilmu Allah amat luas di atas dunia yang kita diami ini. Setitik air yang melekat di tangan kita itu adalah secebis sahaja ilmu kita sedangkan ilmu yang Allah kurniakan pada hambaNya sepenuh air dilautan. Bayangkanlah wahai teman, dimana letak duduknya ilmu kita????






Semalam adalah kenangan…..esok adalah masa depan……jangan tinggalkan semalam demi esok kerana semalam adalah petunjuk kepada hari esok…semoga generasi kita di masa hadapan bangga dengan apa yang kita tinggalkan dan wariskan….




Monday 21 May 2012

~ UsTaz AzHaR IdRus ~ Peringatan Untuk LELAKI~

 

♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.





♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya

~ PeRiNGaTan UnTuK LeLaKi ~

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.Akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja :
negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SE*****-***** PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH

KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

 
 
 
 
 

~ 24 PeRinGaTan UnTuK WaNiTa ~

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang SEOrang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh SEOrang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah SEOrang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap SEOrang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda SEOrang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda SEOrang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
- Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
- Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
- Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
- Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
- Orang yang gemuk tapi kurus
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
- Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat kepada Allah SWT
- Lupakan budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
- Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.





Ketahuilah, syurga dan neraka bagi SEOrang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.







Sunday 20 May 2012

~ BuaT Mu YaNg TeRinDaH ~

Dunia ini bagaikan satu permainan
Kadang-kala kita berasa sedih
Kadang-kala kita berasa gembira
Kadang-kala kita berasa rindu
Kadang-kala kita berasa marah
Dan kadang-kala kita berasa sakit hati

 
 
 
 
 
 
 
Jika kita berfikir semua  perasaan ini berlaku jika adanya CINTA 
Ya, Cinta yang Allah kurniakan kepada manusia
Cinta yang membuatkan manusia terpesona
Cinta yang sering disebut-sebut
Manusia suka dengan cinta
Kerna cinta itu indah
Cinta juga satu fitrah
Cinta membuatkan manusia berkasih-sayang
Begitu hebat kuasa cinta
Tetapi cinta juga boleh menghancurkan kita
Sebab itulah cinta perlu dikawal
Jangan biarkan cinta menguasai diri
Kerna ia akan merosakkan kita akhirnya
Kita yang perlu menguasai cinta
Kerna disitu kita akhirnya akan menemui cinta yang sejati
 
 
Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah
Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Ali kepada Fatimah az-zahra
Alangkah seronoknya cinta itu mulia seperti cinta Nabi Ibrahim kepada Hajar dan Sarah
Aku tahu cinta itu perlu pengorbanan
Aku tahu cinta itu menyakitkan
Tetapi yang pasti aku tahu cinta yang agung hanya pada Ilahi
 
 
Cinta abadi kepada Rasulullah, nabi dan rasul
Cinta  sejati untuk kedua Ibu bapa
Cinta manusia sering berubah-ubah

Aku tahu juga aku hanya manusia biasa
Yang sering alpa
Yang sering lupa
Tetapi aku bercita-cita hendak mencontohi akhlak serikandi Islam
Ya ,aku tahu.....

Aku tidak setaat Siti Rabiatul Adawiyah
Aku tidak sekaya Siti  Khadijah binti Khawalid 
Aku tidak setabah Siti Hajar
Aku tidak secantik Siti Sarah
Aku tidak semulia Siti Aminah
Aku tidak sebijak Siti Aisyah

Kerna itu aku perlu pembimbingku
Yang boleh membimbing aku kea rah-Mu
Ya R0b...

Aku tidak mengimpikan lelaki segagah Ali B. Abu Talib
Aku tidak mengimpikan lelaki setegas Umar Al-Khattab
Aku tidak mengimpikan lelaki sebijak Lukman al-hakim
Kerna aku tahu tiada lelaki sehebat mereka
Biarlah aku mencari lelaki yang mencari keredhaan-Mu
Lelaki yang mencari petunjuk dan rahmat-Mu
Bersama-sama aku dalam membina nur Islam yang semakin menghilang
Hilang disebabkan penipuan dunia

Dan aku tahu................

 
Hidup ini tidak ada ertinya jika tidak mengabdikan diri pada Ilahi
Hidup ini hanyalah sementara
Hidup ini hanya bersinggahan
Kita hanyalah seorang musafir
Yang akhirnya akan menemui sang pencipta
Saat kematian akan membawa kita menemui kepada-Nya
Hidup ini bukan untuk bersuka-ria
Hidup ini untuk beribadat
Hidup ini satu dugaan
Yang banyak penipuan

Sedarkah kita dunia kini tidak selamat
Dimana zaman ini fitnah bermaharajalela
Harta, pangkat dan nama menjadi rebutan
Sehingga matlamat menghalalkan cara
Dunia yang penuh dengan pemimpin yang fasik
Tidak sedarkah mereka akan akhirat nanti
Kita semua akan disoal dan dinilai amalannya
Dan hanya keimanan dan ketakwaan yang membezakan kita
Sesungguhnya hasad dan dengki serta saling mengfitnah itu boleh membunuh kita

Oh tuhan, jauhkan aku dengan segala bentuk fitnah
Jauhkan aku dengan penipuan ini
Jauhkan aku dengan orang-orang yang munafik
Kerna aku insan yang lemah
Aku takut aku terjerat dengan tipu-helah mereka
Hanya kepada- Mu aku memohon
Dan kepada-Mu aku kembali akhirnya
Ya Robbi

Bila memandang ke langit hendakku capai awan
Tetapi aku sering lupa untuk memandang ke bawah
Dimana tempat yang aku pijak rupa-rupanya merupakan asal-usulku
Aku sering lupa tujuan aku diciptakan
Aku sering lupa matlamat sebenar aku di dunia ini
Aku sering lupa apa yang perlu aku lakukan sebenarnya
Dan aku juga sering lupa yang aku hanyalah seorang hamba kepada Ilahi

Ya Tuhanku, tunjuklah aku jalan yang lurus
Tunjukkan aku akan kebenaran
Tunjukkan aku akan hala tujuku
Sering aku bilang aku hamba-Mu yang lemah
Aku takut aku lalai dan alpa
Dimana aku perlu mencari kebenaran itu
Dimana perlu aku meningkatkan imanku
Dimana sumber perlu aku rujuk
Ya R0b..

Aku termenung memikirkannya 
Menghadap langit kala malam menjelma
Melihat sinar bintang-bintang gemerlapan
0h Tuhan, Sungguh hebat ciptaan- Mu
Segala-galanya berlaku atas kehendak-Mu

Aku memegang kitab agama Aku
Jika dahulu waktu kecilku sering aku mengalunkan suara untuk membacanya
Aku selalu berlumba-lumba dengan rakan-rakan untuk menghabiskannya
Sebab aku mahu menjadi orang yang hebat dari rakan-rakan yang lain
Supaya ibu bapa aku bangga dengan pencapaian aku
Orang yang khatam berkali-kali aku fikir sudah bagus dan cukup ilmu agamanya
Tetapi aku lupa aku sekadar membacanya tanpa memahami isi kandungan yang hendak disampaikan

Akhinya baru aku sedari Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca
Tetapi dikaji dan dihayati maknanya
Sebab itulah matlamat utama Al-Quran diturunkan
Untuk membimbing manusia ke jalan yang diredhai
Adakah kita pernah terfikir?
Mengapa orang barat ramai yang masuk agama Islam
Semakin lama semakin bertambah
Gereja-gereja yang dahulu gah tetapi kini dijadikan masjid
Kerana mereka mengkaji islam
Kerana mereka membuat perbandingan antara islam dengan agama lain
Kerana mereka berasa diri mereka ada kekosongan yang perlu diisi





Tahu kita apa dia kekosongan itu?
Itulah kekosongan rohani yang perlu diisi dengan keimanan islam
Adakah kita mengetahui
Hanya segelintir daripada kita yang mengetahui
Yang selebihnya seronok dengan keindahan dunia yang penuh penipuan
Ya, penipuan yang melalaikan
 
 
 
Bismillahirrahmaanirrahim…

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…..

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu….

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu….

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin…..


Saturday 19 May 2012

~ HaRgAiLaH DaN JanGaN PeRsiAkaN CiNTa YanG AnDa MiLiKi SeKaRanG ~

        Bercinta tidak semestinya bersama iaitu tidak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta. Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang. Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita? Boleh atau tidak kita menerima hakikat itu? Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang itu atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, bermakna kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
 
love

 Jangan sesekali memaksa orang untuk menyayangi kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita. Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, sekiranya kita memaksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tidak ikhlas. Anda hendak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan kepura-puraan? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Mungkin itu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang itu, mesti kita hendak tengok dia bahagia kan? Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tidak. 

 Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita. Tetapi anda juga perlu selidik terlebih dahulu atas sebab apa dia ingin kembali kepada kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain itu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain itu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

 

Thursday 17 May 2012

~ HaNTaRaN Ohh HaNTaRaN ~

Memang diakui. Sejak kebelakangan ini semakin rancak majlis pertunangan diadakan. Jika dahulu kita dapat dengar orang memperkatakan tentang wang hantaran semakin tinggi disebabkan harga minyak petrol naik, sekarang ramai pula yang memperkatakan tentang kenduri sempena bertunang. Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada masyarakat?

           Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang Rasulullah Sholallahu A'laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBOHKAN PERNIKAHAN. Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu?

PERIHAL MAJLIS PERTUNANGAN 

"Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak tiru sedangkan tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena sediakan hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nak grand la katakan. Majlis bertunang sudah dibuat kad jemputan. Majlis bertunang pun sudah ada pelamin. Majlis bertunang sudah dijemputnya pasukan kompang. Majlis bertunang juga sudah ada baju bertunang. Semuanya persis sebuah majlis perkahwinan yang membazir. Apabila semua ini telah menjadi satu 'keperluan' kepada masyarakat, semakin tinggilah kos sebuah perkahwinan.





Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup berhutang untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok sudah putus! Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai, tidak mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa masalah selepas berkahwin. Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi pihak perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan bertunang itu bukanlah satu ikatan sah.

WANG HANTARAN MAHAL? 

Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular  sekarang?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000

Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).

Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh yang sangat minima? Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula bekerja. Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk mengumpul wang untuk berkahwin.

CINTA PUNYA PASAL

"Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu" (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk mengharungi semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja. Kalau tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato' yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti! Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak mahu membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati keluarganya untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada pihak lelaki. Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh pihak perempuan?

WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?

Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada ongkosnya!
Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi tidak mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".



Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan. Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja! Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu. Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang 'meletup', tetapi pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat (bertanggungjawab dalam perkahwinan).

Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang soal perkahwinan :
"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)