Followers

Monday 15 April 2013

~ KaHWiN UsiA MuDA ~


Ramai dikalangan anak muda kita yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan. Mereka mengambil inisiatif untuk berkahwin tidak kira sama ada nikah khitbah/gantung atau nikah secara fitrah kebiasaan. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat. 

Hakikatnya, mereka yang menjalani nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental mahupun fizikal. Mereka perlu bersedia dari segi luaran dan dalaman agar hubungan rumah tangga dapat berlangsung seperti biasa. Ramai yang mengatakan seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan. Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi bagi usia yang masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.

Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepaskan kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya akan terjaga b
aik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain pula, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?

Tidak dinafikan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’. Justeru itu, j
alan yang paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakanlah ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah, sebaiknya lakukan solat istikharah mohon petunjuk dari Allah sama ada pilihan yang telah dibuat betul atau salah. At least apa-apa keputusan yang bakal diambil telah di minta petunjuk dari Ilahi. Sekiranya keputusan adalah negative, maka pertimbangkanlah untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?

Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran,  berpasangan dan masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja bukannya lesen untuk berdua-duaan di mana sahaja. 
Paling tidak pun memberitahu masyarakat bahawa gadis itu telah ‘ditanda’ oleh seseorang. Lagipun, ada hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fi tnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Bagaimana Jika Tidak Direstui?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa di kedua belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak. 
Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Hal Ini kerana, redha ibu bapa itu penting untuk anak-anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk selamanya. Tapi ada sesetengah ibu bapa yang kita boleh rasionalkan untuk menunjukkan kebaikan berkahwin awal. Bukan apa, kadang-kadang ada ibu bapa yang memegang satu prinsip bahawa kahwin muda adalah satu risiko yang besar sedangkan ada  Nabi pernah mengatakan bahawa terlalu banyak kebaikan dengan berkahwin awal di tambah lagi bahwa " kemuliaan wanita tersebut terletak dengan awal perkahwinannya serta mudah urusan perkahwinannya". Bukan semata-mata untuk meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi. Selain itu, pasangan tersebut mestilah menyatakan bahawa kalian mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bukan hanya sekadar janji kosong tapi biarlah berlaku secara realiti. Ambillah pengajaran/ibrah dari pengalaman orang yang kahwin muda. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.

Bagaimana Pula Dengan Pandangan Masyarakat?

Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin. 
Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.



Mampukah Bahagia ?

Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan. Betulkan???

Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?

Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan. Ingat tu !!!

so.....fikir-fikirkan !!!

No comments: