Followers

Thursday 15 November 2012

~ SaLaM MuHaRRaM ~


Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan satu permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan satu pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus akan datang tanpa kita sedari dan ketahui.  Penghijrahan bukanlah satu perkara asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Penghijrahan berlaku kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, melakukan sesuatu pembaharuan dalam diri dan makna hijarah itu sendiri adalah untuk perpindahan dari takuk lama ke arah pembaharuan, pembangunan yang baru bagi menjamin kehidupan yang lebih harmoni berlandaskan kecintaan terhadap Ilahi..

Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Tanamkan azam dan tekad sertakan buktikannya dengan zahiriah bukannya fantasi tapi realitinya yang kita mahukan dalam pembangunan dan kemajuan diri.

Azam yang kita tanamkan dalam diri kita mestilah berpaksikan ke arah kebaikan yang boleh meningkatkan jati diri kita yang berbentuk ke arah pengisian rohani dan keagamaan tetapi tidak salah untuk kebahagiaan dunia asalkan mendatangkan kebaikan bukan sebaliknya . Contohnya,  mungkin bagi sesetengah individu  yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Begitulah sebaliknya dalam menisbahkan ibadah-ibadah lain supaya hati kita sentiasa terikat dengan pergantungan tali Allah. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.

Di samping itu, sebagai khalifah di muka bumi ini, kita mestilah perkuatkan lagi fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas terhadap agama yang kita anuti, maka iman dan takwa kita dengan sendirinya akan kukuh. Percayalah!!! makin rapat kita dengan Allah s.w.t. makin tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Pernahkan kita sedar dan fikirkan tentang hal yang satu ini?????

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa.  Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
(10 Muharram):

  •  Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  •  Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

SELAMAT BERAMAL!!!


Saturday 10 November 2012

~ 9 SiTi ~


SITI KHADIJAH  - Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasulullah SAW, setia dan menyokong Rasulullah Saw walaupun ditentang hebat oleh kafir dan musyrik, menghantar makanan kepada Rasulullah Saw ketika baginda beribadat di Gua Hira’.

SITI FATIMAH – Anak Rasulullah Saw yang tinggi budi pekertinya, sangat kasih dan setia kepada suaminya, Saidina Ali walaupun Ali seorang yang miskin. Tidur berkongsikan bantal dan kadangkala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.

SITI AISHAH – Beliau isteri Rasulullah Saw yang paling romantik. Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum, di situlah beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

SITI HAJAR – Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail         (pengorbanan seorang ibu mithali).

SITI MARIAM – Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya di pilih Allah SWT untuk mengandungkan NAbi Isa.

SITI ASIAH – Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

SITI AMINAH – Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

SITI MUTI’AH – Isteri yang patut di contohi dan di janjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, manjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk di pukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

SITI ZUBAIDAH – Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat kerana Allah SWT.


Dan kita pula????? Apakah sumbangan kita terhadap Islam yang di cintai?? Fikir-fikirkan…



Friday 9 November 2012

~ WaSiaT UmaMah BinTi HaRitH ~



  vJalinkan hubungan dengan suamimu dengan ketaatan perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk @ tercium sesuatu yang busuk.

 vSentiasalah membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

      v Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

       v Uruskan rumah tangganya dengan baik dan sempurna.

       vSentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

    v Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

       v Jagalah waktu makannya dan waktu dia beristirehat kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.

    vJika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan  kesedihan, kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.

       v Hiasilah dirimu selalu agar dia senang memandangnya.

     v Jadikanlah dirimu itu sebagai amah kepadanya nescaya dia akan menjadi penolong pada dirimu.

                      Ambillah pengajaran darinya duhai wanita……
        selamat mempraktikkan!!!


Sunday 4 November 2012

~ 10 PeTanDa Dia JoDoH KiTa ~


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan sentiasa berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.